Hidayah naik angin Ali Puteh nak bagi motosikal ganti duit

Hidayah naik angin Ali Puteh nak bagi motosikal ganti duit

Balu Allahyarham Abam Bocey, Siti Norhidayah Mohd Ali atau Hidayah, 31, menolak pembayaran hutang saman berupa motosikal daripada Ali Puteh kerana berasakan ia tidak wajar.

Hidayah berkata, dia menolak kerana pihak Ali ingin membayar menggunakan kenderaan iaitu motosikal dan bukan dalam bentuk wang sebagaimana diperintahkan mahkamah.



“Saya menolak cara pembayaran pihak sana (Ali) disebabkan mereka ingin membayar dengan menggunakan kenderaan seperti motosikal. Saya tidak menerimanya, hal ini kerana hutang perlu dibayar dengan wang ringgit, bukan barang atau selain daripada itu.

“Saya pun tidak menggunakan motosikal berkenaan yang ingin diberikan kepada saya seperti Yamaha RXZ, Yamaha 125Z dan Yamaha Y15. Wajarkah? Sekiranya pihak sana mengatakan semua motosikal itu masih ada nilainya, sila jual dulu dan wang itu dibayar kepada saya,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Hidayah, hutang antara mereka bukan seperti ‘sistem barter’ yang boleh dilangsaikan dengan membuat pertukaran barang tanpa membabitkan wang tunai.

“Persoalannya, mengapa dan kenapa pihak sana tidak mahu menjual terlebih dulu motosikal itu dan kemudian wangnya diberikan kepada saya untuk selesaikan hutang? Mengapa dan kenapa perlu memberi motosikal itu kepada saya dan saya pula yang perlu jual untuk dapatkan wang?” katanya.



Terdahulu, Hidayah menerusi hantaran di Instagram @abam_bocik meminta Ali serta kakaknya membuat pembayaran segera hutang mereka kepadanya yang lama tertunggak selepas dia menang kes saman itu pada 18 Februari tahun lalu.

Hidayah memaklumkan hingga kini Ali masih belum melunaskan bayaran hutang sebanyak RM76,000, manakala RM2,000 lagi hutang yang perlu dibayar oleh kakaknya.

Dalam hantaran di media sosialnya itu, Hidayah juga memuat naik tangkap layar kisah Ali yang kini giat menjalankan perniagaan sambal petai dan jering berlado yang semakin maju.

Pada 8 Disember 2017, Hidayah bernikah dengan arwah Abam. Namun, Abam meninggal dunia pada 10 Februari 2020 ketika berusia 32 tahun dan mereka memiliki seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey, 3.



Konflik Hidayah dan Ali tercetus selepas pelawak itu didakwa mengeluarkan kata-kata mengaibkan Hidayah di Instagram, dua tahun lalu yang memerlukan tindakan undang-undang diambil.

Menerusi laporan media sebelum ini, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur memerintahkan Ali atau nama sebenarnya, Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan dan tiga ahli keluarga membayar RM60,000 kepada Hidayah yang menang kes saman itu pada Februari tahun lalu. BH

Hidayah naik angin Ali Puteh nak bagi motosikal ganti duit

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sajat sekolahkan Abang Tesla, terkedu dibuatnya

Isteri kedua Abang Tesla kena ‘sound’ dengan Noorkhiriah



10 tahun tunggu zuriat, isteri meninggal 3 bulan selepas bersalin [VIDEO]

Fasha Sandha galak bergoyang lepas ramping?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker