Sanusi 8, Amirudin 5

Sanusi 8, Amirudin 5

Menteri Besar Selangor Amirudin Shari menggalas lima portfolio utama negeri, termasuk pembangunan tanah & sumber alam; serta kewangan & tindakan ekonomi.

Beliau turut memegang portfolio pemodenan pentadbiran & pendigitalan kerajaan; komunikasi strategik; serta pendidikan & pembangunan modal insan.



Tiga Adun yang dilantik semula iaitu Izham Hashim (Pandan Indah), Borhan Aman Shah (Tanjung Sepat), dan Ng Sze Han (Kinrara) turut dipertanggungjawabkan dengan pembangunan negeri.

Izham diberi portfolio kemajuan prasarana serta pemodenan pertanian & perladangan;

Borhan menggalas perumahan & pembangunan bandar lestari; manakala Ng dipertanggungjawabkan dengan pelaburan & perdagangan, pembangunan industri kecil dan sederhana & wilayah ekonomi baharu, serta mobiliti.

Barisan exco turut menampilkan tujuh muka baharu, iaitu Fahmi Ngah (Seri Setia), Najwan Halimi (Kota Anggerik), Jamaliah Jamaluddin (Bandar Utama), Papparaidu Veraman (Banting), Anfaal Saari (Taman Templer), dan Rizam Ismail (Sungai Air Tawar).



Amirudin mengumumkan portfolio exco negeri selepas mempengerusikan mesyuarat pertama exco Selangor bagi penggal ke-15.

Komposisi kerajaan perpaduan PH-BN itu merangkumi DAP (empat); PKR (tiga); Amanah (dua), dan BN (satu).

Berikut senarai penuh exco Selangor dan portfolio masing-masing:

1. Amirudin Shari (menteri besar)



Pembangunan tanah & sumber alam
Kewangan & tindakan ekonomi
Pemodenan pentadbiran & digitalisasi kerajaan
Komunikasi strategik
Pendidikan & pembangunan modal insan

2. Ng Szhe Han (pelaburan, perdagangan & mobiliti)
Pelaburan & perdagangan
Pembangunan IKS & wilayah ekonomi baharu Mobiliti Selangor
Pengerusi bersama Jawatankuasa Khas
Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Selangor (Limas)

3. Izham Hashim (infrastruktur & pertanian)
Kemajuan infrastruktur
Pemodenan pertanian & perladangan

4. Borhan Aman Shah (perumahan & kebudayaan)
Perumahan & pembangunan bandar lestari
Kebudayaan, adat istiadat Melayu & warisan



5. Ng Suee Lim (kerajaan tempatan & pelancongan)
Pembangunan kerajaan tempatan
Pelancongan Pembangunan kampung baharu
Pengerusi bersama Limas

6. Rizam Ismail (kemajuan desa & perpaduan)
Kemajuan desa & luar bandar
Kemampanan kampung tradisi
Perpaduan nasional

7. Jamaliah Jamaluddin (kesihatan awam & alam sekitar)
Kesihatan awam
Alam sekitar, perubahan iklim & teknologi hijau

8. Najwan Halimi (belia, sukan & keusahawanan)
Pembangunan belia & kemajuan sukan
Pemberdayaan usahawan & ekonomi kreatif
Pengurusan bencana



9. Papparaidu Veraman (sumber manusia & pembasmian kemiskinan)
Sumber manusia
Pembasmian kemiskinan
Hal ehwal Orang Asal & minoriti
Pengerusi bersama Limas

10. Mohammad Fahmi Ngah (Agama Islam & pembudayaan inovasi)
Hal ehwal agama Islam
Industri halal
Infrastruktur digital
Pembudayaan sains, teknologi & inovasi

11. Anfaal Shaari (pembangunan wanita & kebajikan masyarakat)
Pemberdayaan wanita & keluarga
Kebajikan masyarakat
Ekonomi penjagaan (care economy.

Sebelum ini Menteri Besar Kedah, Sanusi mengumumkan memegang 8 portfolio utama.



Sanusi 8, Amirudin 5

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Abang Tesla – Biodata, Profil dan Latar Belakang

Back up Abang Tesla, Caprice kena lepuk dengan isteri

Fyna Jebat komen hubungan dengan Zainal Abidin

Abang Tesla kahwin dua, aku pula yang kena bebel (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker