Kes Sanusi, pegang 8 portfolio mungkin beri kesan pentadbiran

Kes Sanusi, pegang 8 portfolio mungkin beri kesan pentadbiran

Kes mahkamah dan saman yang dihadapi Sanusi Nor dijangka memberi kesan kepada kelancaran pentadbiran kerajaan Kedah, susulan pemimpin PAS itu memegang lapan portfolio utama negeri, kata penganalisis.

Azmi Hassan dari Akademi Nusantara berkata Sanusi akan terpaksa membahagikan masa antara mahkamah dan melaksanakan tugas menteri besar.

“Dengan Sanusi pegang lapan portfolio, itu dikira ‘superman’ bagi seorang menteri besar walaupun untuk Sanusi,” katanya kepada FMT. “Seharusnya dibahagi portfolio itu kepada ahli exco lain. Apakah Sanusi tidak mempercayai kebolehan exco lain?”

Semalam, Sanusi mengetuai istiadat mengangkat sumpah exco negeri dengan bilangan portfolio terbanyak, iaitu lapan berbanding tujuh sebelum ini. Beliau mengekalkan portfolio perancang negeri; hal ehwal tanah, mineral, dan geosains; hasil bumi; kewangan; syarikat berkaitan kerajaan; majlis tindakan ekonomi negeri; dan pembangunan Kedah 2035; dengan tambahan portfolio kerjasama luar.

Di samping beliau adalah enam exco daripada PAS, tiga daripada Bersatu, dan seorang dari Gerakan.

Azmi berkata langkah Sanusi menggalas portfolio sebegitu banyak meskipun berdepan kes mahkamah dan saman menimbulkan persoalan apakah beliau tidak meyakini exco pilihannya.

“Ini menimbulkan tanda tanya tentang kepercayaan dan keyakinan Sanusi itu sendiri,” katanya.

Sanusi kini berdepan dua kes mahkamah dan dua saman. Beliau berdepan dua pertuduhan mengeluarkan kata-kata menghasut berhubung isu pelantikan menteri besar Selangor dan penubuhan kerajaan perpaduan dalam satu ceramah politik di Selayang, bulan lepas.

Beliau juga berdepan tuntutan saman daripada Menteri Besar Selangor Amirudin Shari selepas mendakwa naib presiden PKR itu terlibat dalam suatu skandal berkait projek pembersihan Sungai Klang.

Sebelum itu, pada 13 Disember, Perdana Menteri Anwar Ibrahim memfailkan saman terhadap Sanusi berhubung ucapan yang mengaitkan Ahli Parlimen Tambun itu dengan perlakuan tidak bermoral, dalam kempen ceramah ‘Jelajah PN Best Tambun’. FMT

Kes Sanusi, pegang 8 portfolio mungkin beri kesan pentadbiran

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Beberapa pihak cepat melompat macam kera suka seolah-olah kami gagal – TMJ

Caprice kata ‘kamu ingat Kerajaan Malaysia macam spender’

Hairul Azreen berhenti berlakon

Gugurnya Air Mata Khai Bahar

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker