Pemuda PAS Kelantan dinasihat kembali kepada ajaran Islam yang sebenar

Pemuda PAS Kelantan dinasihat kembali kepada ajaran Islam yang sebenar

KOTA BHARU: Tindakan Dewan Pemuda Pas Kelantan menggambarkan firma guaman yang menyokong gabungan Barisan Nasional-Pakatan Harapan (BN-PH) ‘tidak hidup’ dan bergantung kepada hasil dari parti adalah suatu fitnah yang jahat.

Peguam BN Kelantan Nik Saiful Adli Burhan berkata, kenyataan itu secara keseluruhan dilihat turut profesion guaman dan keseluruhan peguam-peguam di negeri ini.



“Saya mewakili barisan peguam gabungan BN-PH menyatakan rasa terguris atas keceluparan kenyataan Pemuda PAS Kelantan yang menghina profesionalisme peguam-peguam BN sebegitu. Kebanyakan peguam-peguam BN-PH membantu parti atas kapasiti peribadi sebagai penyokong parti, bukan mewakili keseluruhan firma guaman ataupun sebahagian daripada perniagaan.

“Ramai antara kami yang memberikan khidmat guaman secara probono atau percuma kepada parti. Malah ada firma guaman seperti cawangan firma guaman saya, langsung tidak mendapat kelebihan lantikan panel peguam kerajaan mahupun syarikat berkaitan kerajaan (GLC) kerana khidmat kepada parti,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Semalam, Dewan Pemuda Pas Kelantan memuat naik satu hantaran yang menulis:

Pemuda Pas Kelantan melihat situasi terdesak parti Kerajaan Madani menggunakan undang-undang dalam berdepan pihak lawan mereka. Boleh jadi sebagai langkah menghidupkan firma-firma guaman milik ahli mereka. Boleh jadi?



Nik Saiful memberitahu, pihaknya memahami kejahilan Pemuda Pas dalam adab bertutur kata dan sentiasa memaafkan mereka.

Katanya, beliau berharap Pemuda Pas Kelantan kembali mencari jalan benar dengan merujuk kepada ajaran Islam yang sebenar.

“Bekerja dalam membawa perpaduan kepada rakyat Kelantan, bukannya mencari titik perbalahan yang akhirnya merosakkan nama agama Islam yang dibawa dalam nama parti,” ujarnya. Utusan

Pemuda PAS Kelantan dinasihat kembali kepada ajaran Islam yang sebenar



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Norreen Iman bakal disaman resort terkemuka Johor



Farid Kamil balas foto pegang tangan Diana Danielle

Pesawat terhempas: Saya sudah mati jika pecut – Pemilik dashcam (Video)



Tak sanggup tengok arwah merangkak sebut nama Allah – Saksi pesawat terhempas (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker