Isu Ambalat, Hajiji jawab tuduhan Adun Tungku

Isu Ambalat, Hajiji jawab tuduhan Adun Tungku

Andaian dan tuduhan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tungku, Assaffal Alian berhubung isu Ambalat disifatkan sebagai tidak berasas.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor, berkata ia kerana isu itu masih dalam perbincangan dan belum ada sebarang kata putus dibuat.



Katanya, perkara itu juga sudah dijelaskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebelum ini.

“Soal Ambalat belum pun diputuskan, ia masih dalam perbincangan dan ini sudah dinyatakan oleh Perdana Menteri.

“Jadi andaian dan tuduhan wakil rakyat Tungku itu tidak berasas,” katanya ditemui selepas menyempurnakan Majlis Apresiasi Pengurusan Sekolah (MAPenS) 2023 Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Assaffal yang mendakwa Blok Ambalat di Laut Sulawesi diserahkan kepada Indonesia berdasarkan apa yang disebutnya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, baru-baru ini.



Assaffal ketika persidangan DUN Sabah pada 10 Ogos lalu, mendakwa Kerajaan Persekutuan membuat keputusan bagi pihak kerajaan Sabah dengan menyerahkan sempadan Ambalat kepada Indonesia.

Dakwanya, itu antara kesilapan dilakukan kerajaan negeri apabila tidak memperhalusi isu terbabit sehingga merugikan Sabah.

Klip video ucapan Assaffal ketika di DUN itu ditularkan sejak beberapa hari lalu hingga menimbulkan andaian negatif terhadap kerajaan.

Hajiji berkata, kerajaan akan melihat tindakan yang wajar diambil jika apa yang dikatakan wakil rakyat Parti Warisan (WARISAN) itu tidak betul.



“Kita tidak boleh mengelirukan rakyat negeri ini kerana ia adalah perkara yang sensitif,” katanya.

Sebelum ini, Wisma Putra menyifatkan kenyataan Assaffal yang mendakwa Kerajaan Pusat menyerahkan Blok Ambalat di Laut Sulawesi kepada Indonesia sebagai fitnah dan mengelirukan rakyat. HM

Isu Ambalat, Hajiji jawab tuduhan Adun Tungku

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ira Kazar didakwa hamil, ini respon Yusof Haslam

Apa sudah jadi BCL?



Hanya salah faham, saya kerani bukan peguam – Fatiya Latiff

Diana Danielle dapat pengganti?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker