Didie Alias buka mulut mengenai buka aib Enot

Didie Alias buka mulut mengenai buka aib Enot

Tiada sekelumit dalam hati pelakon dan pengacara, Didie Alias mahu mengaibkan sesiapa berhubung luahan kekecewaan terhadap seorang pelakon yang juga rakan baiknya dalam program hiburan popular, Melodi, minggu lalu.

Sebaliknya, pelakon Takdir Yang Tertulis itu berkata, kerisauan berhubung perbuatan rakannya yang didakwa menjalinkan hubungan terlarang seperti yang hangat diperkatakan warganet, sejak beberapa bulan lalu sekadar teguran dan nasihat seorang kakak kepada adik.



Tanpa berselindung, nasihat ditujukan kepada Enot yang juga sahabat baiknya yang pernah menjadi penghuni hidupnya sejak berpuluh tahun.

Menyifatkannya sudah menjalankan tanggungjawab walaupun akhirnya dipersalahkan, Didie minta Enot membuat pertimbangan sewajarnya supaya tidak menyesal pada kemudian hari.

“Kalau dengar balik kenyataan saya, mana ada saya buka aib dia. Sebaliknya, saya sekadar mengulas pertanyaan wartawan mengenai isu membabitkan Enot yang sudah tular.

“Salahkah saya beri nasihat kepada seorang adik? Umur pun bukan muda lagi. Saya mahu Enot jalani kehidupan lebih baik bersama anak-anaknya.



“Jujurnya, saya sendiri pelik apabila Enot mendakwa saya cuba buka aib, sedangkan dia sendiri buka aibnya apabila berkongsi kisah peribadi dalam media sosial.

“Perkara ini orang sudah perkatakan sejak dahulu lagi. Saya juga tak tahu sama ada Enot faham atau tidak mengenai apa yang saya katakan.

“Kenapa putar belitkan kenyataan, tuduh saya pula cuba aibkan dirinya,” katanya kepada BH Online.

Didie berkata, dia sudah lama tidak berhubung selepas Enot mengambil keputusan berpindah ke Melaka untuk bina kehidupan baharu.



“Macam mana nak hubunginya, saya pun tak tahu di mana Enot berada. Hanya selepas kenyataan saya disiarkan barulah Enot tiba-tiba memunculkan diri.

“Perkara ini pernah berlaku sebelum ini, namun saya tetap terimanya kembali. Selama ini, saya jaga dia dengan baik.

“Alhamdulillah, sejak bersama saya, banyak ‘job’ yang diperoleh. Bukan nak kata saya hebat, tetapi sekadar kongsi rezeki.

“Saya sebenarnya lebih kepada kecewa. Saya cuba nasihatkannya jalani kehidupan lebih baik, tiba-tiba saya pula dipersalahkan,” katanya.



Tambah Didie, cukuplah setakat ini sahaja kenyataannya mengenai Enot.

“Terpulang pada Enot sama ada nak terima atau tidak nasihat saya, Kita doakan yang baik-baik sahaja buatnya,” katanya. BH

Didie Alias buka mulut mengenai buka aib Enot

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Punca penceraian Aziz M Osman

Bakal doktor dicekup melacur



“Ya aku sakit”, Mimi Lana tarik perhatian netizen

Dakwaan Syasya Dolla minum arak, ini jawapan tuan punya badan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker