Permohonan injunksi Sulaiman terhadap Raghad ditetapkan 4 September depan

Permohonan injunksi Sulaiman terhadap Raghad ditetapkan 4 September depan

Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini menetapkan 4 September depan sebagai tarikh sebutan semula permohonan injunksi yang difailkan oleh Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Taib terhadap ibu tirinya, Toh Puan Raghad Kurdi Taib.

Ia berikutan Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud iaitu suami defendan pertama baharu sahaja menjalani pembedahan di luar negara.



Peguam Shankar Ram yang mewakili Raghad memohon tempoh selama 14 hari untuk memfailkan afidavit itu dengan alasan anak guamnya sedang menjaga rawatan Abdul Taib secara sepenuh masa.

Malah katanya, barisan peguam turut menghadapi kesukaran untuk berhubung dengan Rahgad yang kini berada di hospital di Istanbul, Turkiye.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Kuching, Alexander Siew How Wai menetapkan tarikh sebutan semula dalam saman itu yang turut menamakan RHB Bank Berhad sebagai defendan kedua.

Mahkamah juga memutuskan defendan pertama memfailkan dan menyampaikan afidavit mereka sebagai jawapan selewat-lewatnya pada 25 Ogos ini.



Sulaiman, 55, yang juga Pengarah Urusan Kumpulan Cahya Mata Sarawak Berhad, diwakili peguam Alvin Chong dan Jonathan Tay, manakala Alvin Yong dan enam peguam lain mewakili Raghad.

RHB Bank Berhad pula diwakili oleh peguam Tan Kee Heng dan Lesley Ling Lyn.

Sulaiman memohon injunksi berhubung pemindahan saham sebuah syarikat swasta kepada Raghad.

Beliau adalah anak ketiga, Abdul Taib menerusi perkahwinan pertamanya dengan Toh Puan Laila Taib yang meninggal dunia pada 29 April 2009, manakala Abdul Taib berkahwin dengan Raghad pada 18 Disember 2010. HM



Permohonan injunksi Sulaiman terhadap Raghad ditetapkan 4 September depan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sebab UMNO kalah teruk



Kamal Adli takut buka media sosial

Sharnaaz, Amelia kongsi momen jatuh cinta



Bikini Amy Nur Tinie bikin panas



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker