Dakwaan PAS perjuang Islam raih sokongan Melayu – Mufti

Dakwaan PAS perjuang Islam raih sokongan Melayu – Mufti

Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) enam negeri menggambarkan dengan jelas dua pola berfikir yang berbeza, mempengaruhi minda pengundi Melayu Islam.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor, berkata pengundi di Kelantan, Terengganu dan Kedah cenderung memilih Perikatan Nasional (PN) yang diterajui PAS dan BERSATU, manakala di Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang lebih memihak kepada Kerajaan Perpaduan yang menggabungkan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).



Katanya, PAS mendakwa matlamat perjuangannya bagi menegakkan Islam di Malaysia sekaligus dapat meraih sokongan besar bangsa Melayu, sebaliknya gabungan PH-BN lebih terbuka dan bersikap inklusif kepada realiti masyarakat berbilang kaum dan agama.

“Pertentangan di antara kedua-dua aliran fikiran itu sepatutnya boleh dikendurkan atau diminimumkan, jika umat Islam mendapat kefahaman yang betul terhadap maksud beragama atau beribadat dan hubungannya dengan perkembangan dunia moden.

“Ini kerana keyakinan beragama tidak sama sekali menghalang manusia mencapai kemajuan dan membina sebuah negara moden yang berasaskan sains dan teknologi.

“Sebaliknya, pembinaan kehidupan maju serta makmur antara maksud ibadat itu sendiri, iaitu dituntut di dalam Islam dan inilah ajaran asal Islam yang sebenarnya.



“Malangnya, masih ramai manusia pada masa kini yang menganggap kemajuan dan kemodenan bercanggah dengan kehidupan beragama, sedangkan pada hakikatnya kehidupan beragama dan pembinaan tamadun saling berkaitan di antara satu sama lain,” katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut Wan Salim berkata, kajian mengenai tamadun besar zaman silam seperti Tamadun Mesir, Tamadun China, Tamadun India dan Tamadun Islam menunjukkan agama dan kemajuan saling melengkapi dalam membangun kehidupan yang maju dan sejahtera kepada rakyat jelata.

Katanya, konflik di antara agama dan kemajuan hanya berlaku dalam sejarah Eropah pada abad pertengahan dahulu disebabkan oleh kesilapan gereja menentang ilmu sains dan memihak kepada kaum feudal yang menindas golongan marhain.

“Menjadi tanggungjawab semua pihak, baik pimpinan politik, ahli akademik dan pertubuhan dakwah supaya membuka dimensi fikiran masyarakat awam dengan menyingkirkan salah faham mengenai pertentangan antara pegangan teguh kepada agama dan usaha membangun masyarakat Madani serta moden.



“Masyarakat perlu diberi pencerahan yang secukupnya bahawa tujuan segala ajaran agama sebenar bagi memandu manusia ke arah kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat. Kehidupan berpandukan agama yang sebenar akan membawa kepada kemajuan dan kebajikan.

“Kesimpulannya, agama yang sebenar tidak menolak tamadun dan tamadun yang hakiki tidak menolak agama, malah kedua-dua elemen ini memainkan peranan yang saling melengkapi bagi membahagiakan kehidupan manusia dan untuk kepentingannya,” katanya. BH

Dakwaan PAS perjuang Islam raih sokongan Melayu – Mufti

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Lepas pakai tudung, tak dapat job sampai kereta kena tarik – Lisdawati

Sayangnya Hidup Dah Habis Dengan Kau Lelaki – Zarina Zainuddin



Suami curang ‘dibantai’ isteri di restoran di hadapan skandal

Rozita Che Wan mengamuk, ‘bab* mana buat cerita ni’



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker