3 kali mandi wajib pun ada – Mohd Amar

3 kali mandi wajib pun ada – Mohd Amar

Pemimpin PAS Kelantan terus mengkritik pihak lawan yang menggambarkan masalah air Kelantan berlaku di seluruh negeri.

Timbalan Pesuruhjaya PAS I Kelantan, Mohd Amar Abdullah menegaskan, isu itu tidak pernah dinafikan kerajaaan negeri tetapi ia hanya melibatkan kawasan tertentu.



“Selama 33 tahun tak selesai masalah air? Kalau ambo (saya) cakap hodoh sekali, orang Machang ni selama mana dah tak mandi?

“Selama 33 tahun orang Machang ni tak mandi, pasal tak ada air? Tak khabar (sedar) sesetengah tu tiga kali sehari mandi wajib pun ada.

“Ketawa macam betul,” katanya secara berseloroh ketika berucap di ceramah grand final Perikatan Nasional (PN) sempena pilihan raya negeri (PRN) peringkat Parlimen Machang, di Machang malam tadi.

Mandi wajib merujuk kepada kewajiban orang Islam untuk membersihkan diri daripada hadas besar selepas melakukan hubungan kelamin suami-isteri.



“Seolah-olah seluruh Kelantan tak ada air’

Mengulas lanjut timbalan menteri besar sementara Kelantan itu berkata, semua pihak perlu jelas mengenai permasalahan itu dan pelbagai usaha telah diambil untuk mengatasinya dari semasa ke semasa.

“Ini nak bagitahu kena jelas, masalah air kita tak pernah mengaku tak ada masalah, memang ada masalah. Tapi adalah satu negeri Kelantan ini tak ada air belaka? Itu persoalaannya.

“Adakah sebutir Kelantan ini keruh belaka air? Adakah sebutir (seluruh) Kelantan ini orang tak boleh mandi?



“Sekarang ini orang buat cerita seolah-olah sebutir Kelantan tak ada air belaka. Seolah-olah sebutir Kelantan ini (air) keruh belaka.

“Jadi kalau keruh tak ada air orang buka restoran lagu mana? Orang buka hospital lagu mana? Orang buka hotel, KFC lagu mana? Perlu air belaka tu,” katanya.

Dia memberikan analogi masalah air di Kelantan seperti orang terkena sakit angin ahmar yang memerlukan masa untuk kembali pulih.

“Cuma nak selesaikan belaka dalam masa 30 tahun penyakit ni tak boleh. Ibaratnya orang kena stroke sebulan selok (terlantar) tak bangun, masuk wayar dalam mulut, ibaratnya gitu. Kalau dia sedar celik mata, takkan boleh berlari terus.



“Ada ke orang yang terlantar sebulan, tiba-tiba bangun terus pergi main bola? Dia boleh celik mata, duduk, boleh kenal orang, mujur dah tu. Beri masa,” jelas Mohd Amar yang mempertahankan kerusi dewan undangan negeri (DUN) Panchor.
Mk

3 kali mandi wajib pun ada – Mohd Amar

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Duit Dini Schatzmann habis

Shila Amzah serabut tengok mak bapa bergaduh



Suami curang ‘dibantai’ isteri di restoran di hadapan skandal

Wajah Enot Dah Berubah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker