Ramasamy salahkan ‘Maharaja’ punca krisis DAP Pulau Pinang

Ramasamy salahkan ‘Maharaja’ punca krisis DAP Pulau Pinang

Pemimpin veteran DAP yang juga bekas timbalan ketua menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy mengumumkan keluar daripada parti itu.

Ramasamy berkata dia telah diketepikan dalam parti itu disebabkan seorang “maharaja” yang menjadi punca berlaku krisis dalam DAP Pulau Pinang.

Ramasamy – yang digugurkan sebagai calon untuk pilihan raya negeri Pulau Pinang – berkata dia telah berfikir panjang mengenai keputusan itu sebelum menghantar surat peletakan jawatan kepada Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, serta Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.

Dia mengumumkan perkara itu semasa sidang media di bilik gerakan calon Bebas, David Marshall bagi kerusi DUN Perai, yang sebelum ini turut mengumumkan keluar DAP.

Ketika membacakan kenyataan medianya, Ramasamy mengulangi dakwaan bahawa pembersihan politik telah dilakukan dalam DAP Pulau Pinang, menyebabkan calon muda seperti Yeoh Soon Hin, Soon Lip Chee dan Satees Muniandy digugurkan.

Ini, katanya adalah percubaan untuk menyingkirkan mereka yang dianggap menyokong ketua menteri sementara, Chow Kon Yeow.

Katanya “maharaja” berkenaan menjadi punca perkara itu berlaku, manakala senarai calon yang diberikan oleh Chow telah ditolak.

“Chow mungkin dilantik semula sebagai ketua menteri tetapi beliau tidak mempunyai sokongan kuat dalam barisan calon DAP sekarang.

“Ada kemungkinan Chow tidak akan berkhidmat penggal penuh sebagai ketua menteri, walaupun beliau telah diberi jaminan oleh kepimpinan pusat,” katanya.

Ramasamy salahkan ‘Maharaja’ punca krisis DAP Pulau Pinang

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fauzi Nawawi jelaskan isu isterinya terpaksa gadai barang kemas dan kereta ditarik

Pakai bra dengan sweater terbuka, apa nak jadi budak sekarang

Anak bertudung tanpa disuruh buat Nabil gembira

Joy Revfa bimbang di sondol, ada yang bagi video separuh bogel

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker