Wanita transgender minta bekas kekasih pulangkan testikel

Seorang wanita transgender dari Michigan menuntut agar bekas teman lelakinya mengembalikan testikel miliknya yang dibuang dalam satu pembedahan, selepas organ itu didakwa disimpan di dalam peti sejuk, lapor akhbar New York Post semalam.

Brianna Kingsley, 40, memfailkan afidavit dengan mendakwa bahawa William Wojciechowski, 37, menyimpan buah zakar miliknya itu yang dibuang menerusi pembedahan. Ia dikatakan disimpan di dalam balang dan diletakkan di dalam peti ais bersebelahan telur.

“Tuntutan pemulangan segera spesimen organ milik saya dengan ganti rugi sebanyak AS$6,500 (RM29,727),” demikian menurut  dakwaan yang difailkan di Mahkamah Daerah Pontiac, minggu lepas.



Sementara itu, Wojciechowski berkata, dia merancang untuk menggunakan dakwaan yang dikemukakan Kingsley sebagai bukti bahawa plaintif selama ini mengganggunya sejak mereka berpisah lapan bulan lalu.

Dia turut menuduh Kingsley mengancam untuk mencederakannya serta pergi ke tempat dia bekerja.

Wojciechowski pada 13 Disember tahun lalu berjaya mendapatkan surat arahan perlindungan peribadi yang dikeluarkan mahkamah.

Ia melarang Kingsley daripada membeli senjata api serta menegah transgender itu daripada berhubung dengan Wojciechowski secara peribadi, pihak ketiga atau media sosial. – AGENSI



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Enot dedah dakwaan berkahwin dengan pengkid



Rakan pelawak ‘kahwin’ pengkid, Didie Alias sebak

Bukan saya nak buka aib Enot – Didie luah perasaan



Kenapa saya diceraikan – Adibah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker