SPRM cari menantu Muhyiddin, peguam

SPRM cari menantu Muhyiddin, peguam

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta bantuan orang ramai mengesan dua lelaki, termasuk Muhammad Adlan Berhan yang juga menantu kepada Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin.

Selain Adlan, SPRM juga mengesan seorang peguam, Mansoor Saat.



“(Ini) bagi membantu siasatan isu rasuah dan penyelewengan berhubung projek berkaitan pendaftaran, pengambilan serta penyimpanan biometrik pekerja asing di sebuah kementerian.

“Pelbagai usaha telah dilakukan oleh SPRM termasuk berhubung terus dengan kedua-dua penama dan peguam masing-masing namun mereka masih gagal menghadirkan diri ke pejabat SPRM,” kata SPRM pada satu kenyataan.

Katanya, hasil semakan SPRM dengan Jabatan Imigresen, Adlan dan Mansoor meninggalkan Malaysia masing-masing pada 17 Mei dan 21 Mei 2023 serta tiada rekod masuk kembali ke negara ini.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai individu terlibat diminta menghubungi pegawai penyiasat SPRM, Nur Muhammad Amin Jamaluddin di talian 603-88700799 atau 016- 4322 699 atau emel kepada [email protected].



Muhyiddin pada Februari lalu menafikan beliau terlibat dalam pemberian kontrak Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIIS) kepada IRIS Corporation Berhad yang dikaitkan dengan menantunya.

Bekas perdana menteri itu turut menyifatkan tuduhan itu fitnah berniat jahat yang sengaja direka untuk mencalar maruah beliau dan keluarga.

Muhyiddin berkata, sewaktu menjadi perdana menteri, beliau sama sekali tidak terlibat dalam proses penganugerahan kontrak NIIS kepada IRIS Corporation Berhad yang dijalankan secara tender terbuka.

Sistem NIIS dilapor dicadangkan Muhyiddin ketika menjadi menteri dalam negeri di bawah kerajaan Pakatan Harapan dari 2018 hingga 2020, selepas Sistem Kawalan Imigresen Nasional dibatalkan Muhyiddin akibat kos tinggi.



Kos NIIS dianggarkan sekitar RM1.2 bilion, kira-kira 66% kurang daripada kos projek terdahulu yang bernilai RM3.5 bilion. FMT

SPRM cari menantu Muhyiddin, peguam

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Danny-Fateha, kenal 5 hari, nikah dua minggu akhirnya bercerai

Masya Masyitah tayang paha pulak, siap peluk siapa tu?



Kisah dicintai Azwan Ali, respon Ziana Zain memang ‘deep’

Silap-silap PH/BN yang menang 6-0 atau menang 5-1



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker