Silap-silap PH/BN yang menang 6-0 atau menang 5-1

Silap-silap PH/BN yang menang 6-0 atau menang 5-1

Tidak mustahil Parti Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri 12 Ogos ini, kata Datuk Seri Ahmad Maslan.

Ahli Majlis Tertinggi Umno itu berkata berdasarkan pemerhatian sepanjang tempoh berkempen, dua gabungan parti politik itu mampu mengenepikan cabaran parti lawan terutama Perikatan Nasional (PN).



“Saya melihat agak mustahil (PN menang 6-0), kerana saya sudah pergi banyak negeri ketika berkempen ini. Saya tidak nampak mereka boleh menang 6-0, silap-silap kita yang menang 6-0 atau menang 5-1 sebab tolak Kelantan, ia negeri ‘special’ (istimewa).

“Apa yang berlaku di Negeri Sembilan, nampak cenderung kepada Kerajaan Perpaduan dan Selangor serta Pulau Pinang pun cerah kepada Kerajaan Perpaduan.

“Cuma Terengganu dan Kedah, ia ‘swing state’ (berubah). Kalau ke kiri kalah, kalau ke kanan menang. Tapi kalau ikut perkiraan, mereka ‘swing’ ke kanan,” katanya ketika berucap melancarkan Bursa Marketplace Fair 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada (PERSADA) di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Bursa Malaysia, Tan Sri Abdul Wahid Omar; Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia, Datuk Muhamad Umar Swift dan Ketua Pembangunan Pelabur Bursa Malaysia, Stephanie Tan.



Ahmad yang juga Timbalan Menteri Kewangan I berkata, sebarang keputusan PRN nanti tidak akan mengubah kedudukan kerajaan di peringkat Persekutuan yang mempunyai 148 kerusi Parlimen diterajui BN, PH dan beberapa parti politik lain.

Sehubungan itu, beliau mahu rakyat menolak sentimen dimainkan dalam kempen PRN yang mendakwa Kerajaan Perpaduan akan jatuh jika PN menang di enam negeri itu.

“Kalau ditakdirkan Kerajaan Perpaduan kalah 6-0, kerajaan pusat masih lagi Kerajaan Perpaduan kerana kita menang 148 kerusi pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu dan kemenangan itu adalah dua pertiga majoriti.

“Tetapi, jika beroleh kemenangan 5-1, Kerajaan Perpaduan ini juga tidak mengubah 148 kerusi majoriti di kerajaan pusat. Itu mesej yang ingin saya sampaikan kepada mereka yang membabitkan ‘market sentiment’ (sentimen semasa).



“Kenapa Kerajaan Perpaduan tidak jatuh kerana jika hendak buat onar pun, hanya 30 Ahli Parlimen dari BN, kerana Gabungan Parti Sarawak (GPS) mereka sudah nyatakan akan sokong Kerajaan Perpaduan.

“Kalau 146 tolak 30, tinggal 118, kerajaan pusat masih berdiri,” katanya.

Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian turut menegaskan 30 Ahli Parlimen BN tidak akan berani keluar parti memandangkan sudah menandatangani perjanjian sebelum menjadi calon pada PRU tahun lalu.

“Satu perkara yang orang tidak tahu apabila kami sudah menandatangani satu perjanjian sebelum jadi calon November tahun lalu, jika kami keluar (parti) kami kena bayar seorang RM100 juta.



“Mana ada duit banyak itu, jadi yang 30 orang ini pun takut nak keluar (daripada parti),” katanya. BH

Silap-silap PH/BN yang menang 6-0 atau menang 5-1

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Jangan ajari seorang isteri sabar – Status Irma Hasmie cetus persoalan

Adibah perlu tuntut harta sepencarian 28 tahun berkahwin – Netizen



Saya redha diceraikan Rosland

“Wow geram tengok, rasa nak tarik masuk dalam toilet”, Peja nafikan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker