“Wow geram tengok, rasa nak tarik masuk dalam toilet”, Peja nafikan

Peja nafi terlibat gangguan seksual wanita, bakal failkan saman

“Wow geram tengok, rasa nak tarik masuk dalam toilet”, Peja nafikan

Ahmad Faizal Azumu hari ini berkata dia akan membuat laporan polis ke atas seorang wanita yang didakwa melemparkan fitnah terhadap Timbalan Presiden Bersatu itu.

Pada masa sama dia juga menafikan tuduhan yang dibuat oleh wanita terbabit.



“Saya akan buat laporan polis dan akan saman wanita tersebut kerana membuat fitnah terhadap saya,” katanya kepada Malaysiakini.

Terdahulu bekas ahli parlimen Tambun berkenaan diminta mengulas mengenai salinan laporan polis terhadapnya dan tular di media sosial.

Difahamkan, laporan tersebut dibuat di Balai Polis Sri Hartamas, Kuala Lumpur pada pada 24 Julai lalu.

Dalam laporan tersebut wanita berusia 37 tahun itu mendakwa dia diganggu seorang lelaki bernama Ahmad Faizal Azumu yang mengeluarkan kata-kata seksis terhadapnya.



Kejadian didakwa berlaku di Plaza Damas, Kuala Lumpur.

Sementara itu ketika dihubungi Malaysiakini, Ketua Polis Daerah Brickfields Amihizam Abdul Shukor ketika dihubungi mengesahkan bahawa memang ada laporan polis tersebut dibuat.

Bagaimanapun menurut Amihizam laporan berkenaan ditarik balik pada hari yang sama oleh pengadu.

“Ada laporan dibuat. Pengadu dah tarik report pada hari yang sama,” katanya.



Wanita itu yang bekerja sebagai kerani mendakwa Ahmad Faizal berkata: “Wow geram tengok, rasa nak tarik masuk dalam toilet”.

Katanya, setelah berbincang dengan suaminya, wanita terbabit membuat laporan polis kerana dirinya berasa malu dan marah.

Menurut Ahmad Faizal yang juga dikenali dengan nama panggilan Peja, dia memang tidak melakukan perbuatan seperti didakwa wanita berkenaan bahkan tidak berada di situ.

“Saya berada di Seremban ketika waktu yang dinyatakan dalam aduan itu,” katanya. Mk



“Wow geram tengok, rasa nak tarik masuk dalam toilet”, Peja nafikan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ira Kazar padam gambar dengan Syamsul tak tahan kena ‘serang’ netizen



Saya redha diceraikan Rosland

Riena Diana terima mesej lucah, merajuk padam gambar IG



Agong Hafal Lagu Ameng Spring – Netizen Teruja (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker