Zawawi ‘sekolahkan’ Annuar Musa

'Jangan cakap hal luar, sentuh hal negeri sajalah, ini PRN...'

Zawawi ‘sekolahkan’ Annuar Musa

UMNO Kelantan menasihatkan Pengerusi Muafakat Nasional (MN) supaya bercakap hal Kelantan saja ketika berceramah atau berkempen pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ini.

Ketua Penerangannya, Datuk Zawawi Othman, berkata ini kerana Tan Sri Annuar Musa sering bercakap mengenai hal luar termasuk berkenaan Kuala Lumpur, sedangkan PRN ini bagi memilih kerajaan negeri.



“Mungkin dia (Annuar) tak sedar yang ini adalah PRN. Jadi, tak perlu bercakap hal luar, dia perlu bercakap hal Kelantan saja.

“Annuar kena pertahan Kerajaan Kelantan. (Contohnya) kena beritahu ‘saya bersama kerajaan PAS sebab Kelantan cukup baik, air Kelantan cukup jernih’. Buat apa bercakap hal Kuala Lumpur.

“(Beliau) beritahu (ahli) UMNO akan tinggal beramai-ramai. Tengok PAS huru-hara sebab Annuar masuk. Masuk Annuar buang Nik Abduh,” katanya ketika berceramah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Semerak, Pasir Puteh, malam tadi.

Sementara itu, beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh, menggesa ahli UMNO dan PAS tidak memberi sokongan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini menyokong Perikatan Nasional (PN) kerana didakwa menukar jajaran Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) hingga menyebabkan impian dan harapan penduduk Semerak terhadap kemudahan itu berkecai. BH



Zawawi ‘sekolahkan’ Annuar Musa

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah mengamuk dengan netizen “bodoh”



“Kau ambil laki orang boleh pulak ” – Ira Kazar kena ‘bedil’ dengan netizen

David Teo berdoa agar Masya Masyitah mendapat hidayah



Ain Husniza Dah Jadi Siti Kasim Junior



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker