FAM sahkan penolong jurulatih Selangor FC dibelasah

FAM sahkan penolong jurulatih Selangor FC dibelasah

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan sudah menerima aduan daripada Selangor FC membabitkan penolong jurulatih mereka dipukul pada perlawanan separuh akhir Piala FA pada Jun lalu.

Setiausaha Agung FAM, Noor Azman Rahman berkata, pihaknya menerima aduan daripada Selangor FC pada 25 Julai lalu membabitkan penolong jurulatih Ramon Marcote dipukul pada perlawanan terbabit sebelum menyerahkan kes berkenaan kepada jawatankuasa tatatertib untuk tindakan lanjut.



“Kita terima aduan daripada Selangor pada 25 Julai lalu membabitkan penolong jurulatih iaitu Marcote dipukul oleh individu lain.

“Beri masa jawatankuasa tatatertib untuk melakukan siasatan terperinci sebelum mengumumkan tindakan lanjut kelak,” katanya, ketika dihubungi Arena Metro.

Terdahulu, Arena Metro melaporkan seorang penolong jurulatih sebuah pasukan gergasi Liga Super ‘dibedal’ ketika saingan Piala FA pada Jun lalu.

Menurut sumber, penolong jurulatih berusia 46 tahun itu dipercayai dipukul sebaik tamat perlawanan membabitkan dua gergasi bola sepak tanah air sebelum dileraikan pegawai pasukan yang berada di lokasi kejadian.



Katanya, individu yang memukul penolong jurulatih terbabit adalah bekas pemain sebuah pasukan yang berpangkalan di Pantai Timur dan Selatan tanah air selain enam kali mewakili skuad kebangsaan.

Berikutan kejadian itu, penolong jurulatih yang pernah berkhidmat dengan beberapa pasukan Liga Super sudah membuat aduan kepada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa) untuk tindakan susulan.

Mengikut rekod, difahamkan individu memukul penolong jurulatih itu kini tidak lagi beraksi untuk mana-mana pasukan di Liga Super namun aktif terbabit dengan beberapa perkara dalam saingan bola sepak tempatan. HM

FAM sahkan penolong jurulatih Selangor FC dibelasah



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Baju Jasmine Suraya bikin kecoh di kalangan netizen (Video)



Ira Kazar Mengamuk, Selar Individu Batak ‘Likes’ Dan ‘Views’

Jakun dapat basikal – TMJ (Video)



Fathia Latiff cukuplah ‘cucuk’ muka

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker