Ismail Sabri ingatkan ahli UMNO jangan serang parti sendiri, serang musuh UMNO

KUALA PILAH – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengingatkan ahli UMNO agar tidak mengeluarkan kenyataan berunsur serangan terhadap kepimpinan parti sepanjang tempoh kempen pilihan raya negeri (PRN).

Bekas Naib Presiden UMNO itu menegaskan, sebaliknya serangan perlu ditujukan kepada musuh dan bukannya sesama sendiri dalam pilihan raya.

“Yang penting jangan kita (yang ada) dalam parti, serang parti sendiri, serang pemimpin (sedangkan) kita satu parti.



“Tetapi kerana mungkin dia kem lain, dia serang orang yang bukan kem dia. Akhirnya yang rugi adalah UMNO.

“Orang akan lihat UMNO tak habis-habis bergaduh sesama sendiri. Saya takut perkara ini berlaku,” katanya ketika ditemui selepas Program Sepetang Bersama Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Johol, Saiful Yazan Sulaiman pada Isnin.

Sementara itu ditanya sama ada kemungkinan wujud unsur sabotaj daripada ahli UMNO yang dipecat atau digantung, Ahli Parlimen Bera itu menegaskan, golongan itu berhak untuk lakukan apa sahaja ekoran sudah tidak lagi bersama parti.

Justeru tegasnya, parti tidak boleh mengambil sebarang tindakan terhadap mereka ekoran sudah bebas daripada perlembagaan parti.



“Kalau kita tak nak dia berkempen dengan mana-mana parti, jangan pecat, gantung sampai enam tahun dan sebagainya.

“Jangan anggap dia orang UMNO, kenapa serang UMNO. Mereka bukan lagi ahli UMNO. Hak dia nak memilih, dia sudah berada luar (parti),” ujarnya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah Masih Diganggu Walaupun Dah Cerai

Bekas Pengacara TV3 Didakwa Pukul Staf Guna Kayu & Langgar Pondok Pengawal



Pemandu degil MPV tersangkut lalui jalan tar masih basah

Hubungan seks empat minit setiap hari, kurangkan risiko kanser – kajian



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker