Detik terakhir Ustaz Dr. Soberi meninggal dunia semasa sampaikan kuliah Subuh [VIDEO]

 

KUALA LUMPUR: Pensyarah kanan di Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Mohd Soberi Awang meninggal dunia ketika menyampaikan kuliah Subuh di Surau Al-Ittihadiyah, Seksyen 9, Shah Alam, Selangor, pada Ahad.

Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, hasil bedah siasat mendapati Mohd Soberi meninggal dunia akibat serangan jantung.



Katanya, kejadian berlaku sekitar jam 7.45 pagi ketika Mohd Soberi yang berumur 59 tahun sedang menyampaikan kuliah Subuh.

“Mangsa dilihat menahan kesakitan dan terus tidak sedarkan diri sebelum dikejarkan ke Hospital Shah Alam.

“Bagaimanapun mangsa telah disahkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Mohd Iqbal berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.



Terdahulu, tular di media sosial video Mohd Soberi yang juga Timbalan Pengerusi Majlis Ulama Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dilihat menahan kesakitan semasa menyampaikan kuliah Subuh bertajuk ‘Hari Kiamat’.

Allahyarham juga kedengaran memohon maaf kepada jemaah ketika memaklumkan beliau mengalami sakit dada sejak lima hari (sambil menekan dadanya) serta meneguk air sebelum rebah.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

“Padan muka hang dapat laki macam tu”, kata Shaarnaz kepada Reen Rahim



“Kes ini sangat juicy” – Azhar Sulaiman minta kes PU Azman dikendalikan secara tertutup

Lelaki kurang siuman tetak pengurus bank, dakwa miliki RM132 juta dalam akaun



Lelaki bogel ganggu pendaki wanita solo

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker