Datuk S bayar hutang aku – A. Aida (Video)

Datuk S bayar hutang aku – A. Aida (Video)

PENERBIT sensasi, Datuk A Aida hari ini menyuarakan ketidakpuasan hatinya terhadap seorang individu berstatus Datuk yang berhutang dengannya sebanyak RM1.3 juta.

Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang ketika dihubungi memberitahu, lelaki bernama Datuk S itu sebelum ini pernah bertemu dengannya kerana mahu membuat pinjaman.



“Dia datang berjumpa saya sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu dan berkongsi hasratnya untuk menjalankan satu perniagaan.

“Namun, dia kekurangan modal dan memerlukan bantuan kewangan daripada saya dengan menjadikan perniagaan resort miliknya sebagai cagaran.

“Pendek cerita, projek diusahakannya itu gagal dan saya menuntut janji yang telah dipersetujui,” jelas pemilik produksi A Aida Productions itu.

Tambahnya, Datuk S memberikan pelbagai alasan apabila tuntutan terhadap janji tersebut dibuat termasuklah mengatakan tanah resort berkenaan sebenarnya milik isterinya.



Ekoran janji yang dimungkiri individu terbabit, Aida berkata, dia sudah pun berbincang dengan peguamnya untuk mengambil tindakan undang-undang.

Penerbit itu juga menyifatkan Datuk S adalah sejenis orang yang tidak takut mati kerana di akhirat kelak, perhitungannya amat dahsyat. Utv

Datuk S bayar hutang aku – A. Aida (Video)

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Norish Karman bibir tebal kerana botox?

Isteri nak buat kejutan



Dato Malik bebas dengan jaminan

Hari Asyura, kelebihan Puasa 9,10,11 Muharam



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker