Norish Karman bibir tebal kerana botox?

Norish Karman bibir tebal kerana botox?

“Saya tidak melakukan pembedahan bibir, itu warisan arwah ayahanda saya, Ustaz Karman yang berbibir tebal.”

Demikian penjelasan pelakon senior, Norish Karman yang menafikan tuduhan segelintir pihak mendakwa dia mengambil suntikan Botox di bibir dan hidung untuk kelihatan cantik.



Menurut Norish atau nama lengkapnya Nor’Ashikin Karman, lebih baik dia menggunakan wang untuk bersedekah kepada golongan memerlukan berbanding menjalani prosedur mengubah wajah.

“Saya tiada duit untuk buat suntikan atau pembedahan kecantikan. Hidung mancung kerana arwah umi (mak) ada keturunan Arab.

“Malah lebih baik guna duit untuk infaq kepada insan-insan memerlukan atau belanja anak-anak dan sahabat,” katanya.

Dalam pada itu, pelakon asal Singapura itu mengakui takut dengan barangan tajam dan tidak tahan sakit sekiranya mahu melakukan sebarang pembedahan.



“Tidak. Saya tidak berani untuk melakukan apa-apa yang berkaitan pisau. Hanya empat kali pembedahan caesarean bagi melahirkan anak.

“Saya tidak boleh tahan sakit jika berbuat apa-apa berkaitan implan pada wajah.

“Tidak juga akan melakukan Botox kerana saya hiperaktif sehingga tidak mampu tahan sakit,” ujar aktres berusia 49 tahun itu.

Bagaimanapun, Norish yang percaya dengan kecantikan semula jadi reda dan akan menghadapi segala kecaman sekiranya dilanda pelbagai tuduhan melulu dengan hati yang terbuka selagi bergelar selebriti.



“Ya, saya tidak suka memakai maskara. Saya benci bulu mata palsu dan memang tidak pandai pakai.

“Macam-macam tuduhan saya redah dalam kehidupan. Pelbagai fitnah saya hadapi dengan senyuman.

“Segala macam pancaroba saya lalui dengan kesabaran yang tiada noktah,” katanya. K Online

Norish Karman bibir tebal kerana botox?



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bekas suami Yasmin Hani tayang kekasih baru, lagi hot



Laporan polis terhadap Papagomo dibuat kerana memfitnah oleh Setpol Fahmi Fadzil

Farid Kamil bagi respon ‘pedas’ bila ada persoal Diana tinggalkan anak ketika pergi Festival Good Vibes



Sean Edward dituduh sebabkan kematian Nurin Najmina

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker