Umno antara parti Melayu terbaik – Khalid Samad

Umno antara parti Melayu terbaik – Khalid Samad

Pengarah komunikasi Amanah Khalid Samad, yang sebelum ini antara individu yang lantang mengkritik Umno, namun mempunyai pandangan yang berbeza sekarang.

Semasa ceramah Pakatan Harapan di Shah Alam malam semalam, Khalid dilaporkan oleh FMT melabelkan Umno sebagai “terbaik” antara tiga parti berasaskan Melayu di negara ini.



Amanah – tidak seperti Bersatu, PAS dan Umno – tidak mengenakan sebarang sekatan keahlian berdasarkan kaum atau agama.

Portal itu memetik Khalid sebagai berkata Umno dan PH berkongsi pandangan yang sama iaitu untuk mentadbir dan menyelesaikan masalah rakyat

“Parti Melayu ada tiga yang benar-benar berdiri di atas nama parti Melayu. Antara yang tiga ini, kita lihat yang terbaik adalah Umno.

“Kerana paling kurang dia (Umno) faham politik itu untuk apa. Mereka telah berjasa, sekian lama,” katanya tanpa menamakan dua lagi parti Melayu itu.



Bagaimanapun, difahamkan ia merujuk kepada PAS dan Bersatu.

Khalid pada April lalu, mencetuskan kemarahan penyokong Umno apabila menggesa Yang di-Pertuan Agong menolak permohonan pengampunan bekas presiden parti itu Najib Razak.

Susulan kenyataan Khalid itu, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menggesa semua pihak berhenti membuat komen “tidak wajar” mengenai usaha parti itu untuk mendapatkan pengampunan buat Najib.

Umno Kelantan juga berkata ia akan mempertimbangkan untuk memutuskan hubungan dengan rakan sekutunya, Amanah jika Khalid tidak menarik balik kenyataan itu dan memohon maaf.



Khalid kemudiannya memohon maaf dan berkata apa yang berlaku hanyalah perbezaan pendapat dalam isu itu.

Dalam ucapannya, Khalid yang juga bekas menteri wilayah persekutuan turut mengecam Bersatu dan menuduh parti itu sebagai pengkhianat.

Katanya, semasa Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin menjadi perdana menteri dia mengisytiharkan darurat dan menggantung Parlimen ketika wabak Covid-19.

“Apa manfaat yang datang? Tak boleh ada semak dan imbang, tak boleh tentukan sama ada yang beliau buat itu terbaik atau tidak, tak boleh bahas, duduk di rumah demi PKP (perintah kawalan pergerakan),” katanya.



Khalid juga menyelar PAS, dan mendakwa parti Islam itu sudah jauh terpesong.

“Kalau dulu ikon Nik Aziz Nik Mat (bekas mursyidul am PAS), sekarang ikonnya Sanusi Nor.

“Banding ikon ini pun kita tahu sejauh mana terpesong mereka,” katanya. Mk

Umno antara parti Melayu terbaik – Khalid Samad



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Penyanyi bertudung didakwa amal sihir



Raja Ilya Diperli Dah Tak Ada Job Sampai Kena Rakam Gambar Mandi (Video)

Saya tapau nasi vanggey dua dengan teh o ais untuk Dr Malar – Bell Ngasri

Tuntut Keadilan Selepas Dakwa Dipukul Johor Military Force (JMF)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker