Kenyataan Maybank sebut ‘dasar PM tidak jelas’ sahih

Kenyataan Maybank sebut ‘dasar PM tidak jelas’ sahih

Satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Maybank Investment Bank dalam e-mel kepada pelanggannya bulan ini, yang seolah-olah mengkritik dasar “tidak jelas” kerajaan baru-baru ini dikongsikan secara meluas di media sosial.

Ini selepas ahli Parlimen PAS Bachok, Syahir Sulaiman berkongsi paparan skrin e-mel itu di Twitter.



Bagaimanapun, penyokong pakatan kerajaan mendakwa imej e-mel itu telah diubahsuai dan bank pelaburan itu tidak pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian.

Semakan oleh JomCheck, sebuah sekutu pemeriksa fakta Malaysia, mendapati imej yang dikongsi oleh Syahir itu adalah sahih.

Maybank Investment Bank sememangnya ada menghantar e-mel tersebut kepada pelanggannya pada 20 Julai.

E-mel itu, yang menjemput pelanggan ke webinar, bertajuk: “Sentimen positif daripada pembentukan kerajaan perpaduan tahun lepas tidak akan berterusan ke tahun baharu.



“Dasar PM yang tidak jelas dan ketidaktentuan dalam kestabilan kuasa juga membawa kepada kebimbangan pasaran.”

Seterusnya, ia menyebut bahawa keadaan akan “bertambah baik” pada separuh kedua tahun ini, dengan Bajet 2024 dan pilihan raya negeri mungkin membawa kejutan positif.

Kekeliruan mengenai kesahihan e-mel itu berpunca daripada fakta bahawa bank itu menghantar satu lagi jemputan ke webinar yang sama, pada 21 Julai.

Dalam e-mel 21 Julai, kenyataan mengenai “dasar PM yang tidak jelas dan ketidaktentuan dalam kestabilan kuasa” telah dikeluarkan.



Akibatnya, ramai yang mengulas hantaran Syahir dengan hanya merujuk kepada e-mel 21 Julai dan menuduh ahli parlimen PAS itu sebagai menyebarkan maklumat yang salah.

Syahir, dalam ciapannya yang mendapat lebih 54,000 tontonan, tidak menjawab tuduhan itu.

Maybank Investment Bank, ketika dihubungi oleh rakan kongsi JomCheck, enggan mengulas.

Malaysiakini adalah sebahagian daripada sekutu pemeriksa fakta Malaysia JomCheck.



Melalui JomCheck, rakyat Malaysia boleh mengemukakan permintaan untuk menyemak fakta yang didakwa dengan menghantar mesej WhatsApp ke talian 017-477 6659 (teks WhatsApp sahaja, tiada panggilan) atau melalui pautan berikut. MK

Kenyataan Maybank sebut ‘dasar PM tidak jelas’ sahih

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Bell dedahkan pernah dihina pengarah terkenal

Netizen Tak Puas Hati Sophia Albarakbah dinobat Aktres Filem Popular ABPBH35



Berani Buat Tahi – Shakilla Khoriri Cari Penghantar Emel

Netizen Terkejut Tengok Dress ‘Private Party’ Lana Nodin

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker