Mohd Amar dakwa staf ke tandas

Mohd Amar dakwa staf ke tandas

Timbalan Menteri Besar Kelantan Mohd Amar Abdullah tampil menafikan dakwaan bahawa kaunter Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) daerah Pasir Mas masih ditutup walaupun waktu pejabat sudah bermula hingga menyebabkan urusan pengguna tergendala.

Mohd Amar, sebaliknya berkata kakitangan AKSB itu sudah ada dan ketika itu dia ke tandas sebelum datang semula ke kaunter pada 9.30 pagi.



“Hari ini (semalam) tular kata kaunter AKSB kosong. Saya baca dan terkejut juga, tetapi saya rujuk kepada pihak berkenaan.

“Rupanya kakitangan keluar sekejap untuk ke tandas dan kebetulan pelanggan itu datang, jadi (kaunter) kosong. Silapnya kakitangan tidak letak notis atas kaunter.

“Pada masa yang sama, dia (pengguna) datang dan buat tohmahan kata kakitangan tidak kerja sebab itu panggilan tidak dijawab serta sebagainya.

“Akhirnya benda ini tersebar,” katanya menerusi program diskusi Kelantan maju 2028 yang disiarkan secara langsung melalui Facebook, malam tadi.



Terdahulu pemilik pengguna Facebook Hanif M Noor memuat naik hantaran berhubung kekecewaannya ketika mahu berurusan dengan AKSB.

Katanya dia menghubungi AKSB tetapi tidak mendapat respon daripada kakitangan syarikat operator bekalan air tersebut.

“Patutlah telefon tak jawab, WhatsApp tak balas, rupanya tak ada seorang pun staf di kaunter. Pukul 9.13 pagi masih tutup padahal waktu kerja jam 8 pagi.

“Ambo masuk tunggu dalam 10 minit baru keluar seorang staf tetapi bukan yang jaga kaunter dan menyatakan staf yang menjaga kaunter bercuti.



“Boleh dia tinggal kaunter kosong begitu saja, terum sungguh perkhidmatan AKSB, telefon ibu pejabat empat kali tak dijawab. Minta peruntukan hingga RM8 bilon, kalau macam ini bagi RM8 cukuplah,” tulisnya semalam.

Hantaran itu tular dengan perkongsian hampir 3,000 kali oleh pengguna Facebook lain serta pelbagai kritikan terhadap AKSB dan kerajaan negeri Kelantan.

Sementara itu Mohd Amar berkata, masalahnya sekarang adalah sikap orang ramai yang mudah membuat kesimpulan terhadap situasi yang didakwa.

“Kita orang Islam kena cermat dan kena ingat dosa serta pahala. Jika benda kita buat dosa dan akhirnya tersebar, jadi kita pun menanggung dosa itu sampai bila-bila.



“Orang guna media sosial dan suka sebar tanpa semak fakta dahulu sama ada betul atau sebaliknya,” katanya yang juga naib presiden PAS. Mk

Mohd Amar dakwa staf ke tandas

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Dia Suka Aksi Ganas & Minta Banyak Kali Sehari – Lucinta Luna

Perubahan wajah Rina Harun jadi bualan, dagu makin pelik



Wanita Mengadu Ebit Lew ‘Stop’ Bayarkan Rumah Sewa Hingga Dihalau

Kulit Kalis Api Neraka Ke? Sharifah Sakinah Diperli Netizen

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker