Mahathir mohon Anwar kemuka dokumen kes saman

Mahathir Mohamad mahu Anwar Ibrahim mengemukakan dokumen berkaitan dakwaan isu menyelamatkan Konsortium Perkapalan Bhd pada 1997.

Mahathir mohon Anwar kemuka dokumen kes saman

Dr Mahathir Mohamad telah memfailkan permohonan agar Mahkamah Tinggi mengarahkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengemukakan dokumen dirujuk dalam pernyataan pembelaan beliau bagi kes fitnah mereka yang sedang berjalan.

Bekas perdana menteri itu mahu Anwar mengemukakan dokumen mengenai dakwaan isu menyelamatkan Konsortium Perkapalan Bhd (KPB) oleh Petronas dan Perbadanan Perkapalan Antarabangsa Malaysia (MISC) pada 1997.



Selain itu, kontrak oleh Telekom Malaysia Bhd kepada Opcom Cables Sdn Bhd (2003), lesen fabrikasi oleh Petronas kepada Kencana Petroleum Bhd (2002) dan laporan berkaitan permintaan Perwaja Steel Bhd untuk mendapatkan dana daripada kerajaan (1998).

KPB, kini dikenali sebagai Pos Logistics Bhd, dimiliki anak Mahathir, Mirzan manakala Mokhzani dan Mukhriz, juga merupakan pemegang saham dalam Opcom.

Mokhzani mengasaskan Kencana Capital Sdn Bhd, yang kemudiannya menjadi Kencana Petroleum Bhd.

Mahathir juga mahu Anwar mengemukakan dokumen berkaitan yuran guaman yang dibayar kepada dua firma guaman, Lewis & Co dan VK Lingam & Co.



Peguamnya, Rafique Rashid Ali memberitahu pemberita bahawa Pesuruhjaya Kehakiman Zaharah Hussain telah mengarahkan peguam kedua-dua pihak memfailkan penghujahan mereka pada 8 Sept sebelum mahkamah membuat keputusan pada 2 Okt.

Mahathir menyaman Anwar atas kenyataan yang dibuat pada Kongres PKR pada 18 Mac yang menggelarnya sebagai rasis dan mengatakan beliau telah memperkayakan keluarganya semasa memegang jawatan.

Mahathir dalam samannya mendakwa kenyataan Anwar dibuat atas kapasitinya sebagai perdana menteri, oleh itu ia mempunyai kesan lebih teruk terhadapnya berbanding kenyataan sama yang dibuat rakyat biasa. FMT

Mahathir mohon Anwar kemuka dokumen kes saman



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Adakah Hamzah mahu menyatakan bahawa Istana Selangor mempolitikan Sanusi?



Pelajar Universiti Jadi Ketagih Jual Gambar Bogel Kerana Bayaran Lumayan (Video)

Bekas Ratu Cantik Vietnam Jadi Petani



Tikus Makan Ayam Mentah Dalam Kedai Runcit (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker