Qunut Nazilah untuk berdepan bala, bukan pertuduhan individu di mahkamah – Mufti

Qunut Nazilah untuk berdepan bala, bukan pertuduhan individu di mahkamah – Mufti

Tidak wajar membaca doa Qunut Nazilah bagi mempertahankan seseorang yang berdepan dengan pertuduhan di mahkamah, kata Mufti Pulau Pinang Wan Salim Wan Mohd Noor.

Jelasnya, bacaan Qunut Nazilah adalah bagi memohon pertolongan Allah SWT bagi umat Islam yang berdepan dengan bala mahupun bencana termasuk kepungan musuh.



“Qunut Nazilah pula merupakan doa untuk memohon kepada Allah SWT supaya diangkat atau dihilangkan sesuatu bala atau bencana yang menimpa umat Islam secara umum seperti penularan wabak, serangan musuh, kepungan musuh terhadap kumpulan muslimin, berlaku kebuluran ramai, kemarau panjang dan sebagainya.

“Ada pun kes individu yang dihadapkan ke muka keadilan kerana didakwa melakukan kesalahan tertentu maka harus didirikan solat hajat untuk memohon kepada Allah SWT supaya kesnya diselesaikan dengan mudah dan adil.

“Pada pandangan saya Qunut Nazilah tidak sesuai dibaca untuk kes yang melibatkan orang perseorangan, sebab ia bukan merupakan bala atau bencana yang menimpa orang ramai.

“Ini adalah kes undang-undang yang perlu diselesaikan melalui pembicaraan di mahkamah,” katanya kepada Malaysiakini.



Tambahnya, bagi mereka yang simpati dengan individu dikenakan tuduhan boleh berdoa agar Allah SWT memudahkan jalan penyelesaiannya dengan keputusan penghakiman yang adil.

Dua hari lalu, pemimpin PAS Riduan Mohamad Nor yang juga ahli Jawatankuasa PAS pusat menzahirkan simpati terhadap Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor berhubung pendakwaan mahkamah yang dihadapinya dan menyeru orang ramai supaya teruskan membaca doa Qunut Nazilah.

“Moga doakan sahabat saya, rakan sekapal ke Myanmar, Muhammad Sanusi Md Nor yang ditahan polis jam 3.00 pagi tadi .

“Mohon mendoakan agar Allah patahkan perancangan licik kerajaan PH-BN ini, jangan terlibat dengan apa jua situasi provokatif. Insya-Allah kita berikan kekalahan memalukan untuk semua kerusi majoriti muslim dalam PRN 12 Ogos ini kepada pakatan mereka. Teruskan membaca Qunut Nazilah teman-teman,” tulisnya di Facebook.



Sanusi ketika berceramah pada 11 Julai lalu didakwa berkata kesultanan Kedah adalah satu-satunya di negara ini yang mempunyai susur galur keturunan yang tidak putus-putus berbanding kesultanan lain dan mempersoal pelantikan Amirudin Shari sebagai menteri besar untuk mengetuai pentadbiran Selangor.

Ini dilihat sebagai satu penghinaan kepada Sultan Selangor, yang menyebabkan aduan dibuat oleh Dewan Diraja Selangor.

Walaupun meminta maaf dan menjelaskan ucapannya dipetik di luar konteks, namun Pejabat Diraja Selangor kemudian menyatakan Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah bahawa isu kenyataan Sanusi yang didakwa menghina baginda belum selesai.

Pada Selasa, Sanusi dihadapkan ke mahkamah dan turut berdepan pertuduhan hasutan berasingan kerana kenyataannya mengenai Yang di-Pertuan Agong.



Bagaimanapun, Sanusi tidak mengaku bersalah dan meminta dibicarakan bagi kedua-dua pertuduhan. Mk

Qunut Nazilah untuk berdepan bala, bukan pertuduhan individu di mahkamah – Mufti

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Nak jadi janda sekejap saja – Puteri Sarah

Baby Shima dikafirkan kerana mahu saman pemimpin PAS dan PU Syed



Tak segan cium Alif Hadi, Yasmin Hani undang kecaman (Video)

Gangguan seksual terhadap Rara, laporan polis dibuat

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker