Lelaki kurung ibu di bilik tidur, tetak dua anggota polis

Lelaki kurung ibu di bilik tidur, tetak dua anggota polis

KOTA KINABALU: Seorang lelaki disyaki kurang siuman bertindak menetak dan mencederakan dua anggota polis yang cuba menyelamatkan ibunya yang dikurung oleh suspek dalam bilik di sebuah rumah di Mengggatal semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang itu, lelaki berusia 44 tahun yang merupakan bekas pesakit Hospital Mesra Bukit Padang itu menetak dan mencederakan pegawai kanan dan anggota polis berkenaan semasa berlaku pergelutan ketika pasukan serbuan cuba menyelamatkan ibu suspek.



Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd. Zaidi Abdullah berkata, kedua-dua pegawai dan anggota mengalami kecederaan di bahagian lengan, kepala dan bahu kanan.

Sebelum itu, pihaknya menerima aduan lelaki yang bersenjatakan pisau pemotong daging telah mengamuk dan bertindak mengurung ibu dan kakaknya di dalam rumah.

Bertindak atas aduan, Mohd. Zaidi bersama Ketua Bahagian Siasatan Jenayah serta sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah telah ke lokasi kejadian.

“Suspek telah dipujuk untuk menyerah diri namun, beliau enggan dan hanya bersetuju membebaskan kakaknya. Selepas itu suspek bertindak mengunci diri bersama ibunya dalam bilik tidur.



“Selepas usaha memujuk suspek selama hampir dua jam menemui kegagalan dan tiada tanda-tanda suspek mahu bekerjasama untuk menyerah diri dan membebaskan ibunya maka, pihak polis bertindak menyerbu masuk ke bilik berkenaan.

“Pasukan serbuan bertindak memecahkan pintu bilik tidur tersebut dan berjaya menyelamatkan ibu suspek,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Walau bagaimanapun, semasa pasukan serbuan masuk ke dalam bilik berkenaan, suspek telah bertindak agresif hingga berlaku pergelutan dengan pasukan serbuan dan suspek bertindak menetak dan mencederakan seorang pegawai kanan dan seorang anggota berpangkat Sarjan.

Jelas beliau, suspek mengamuk sedemikian kerana dipercayai tidak mengambil ubat yang dibekalkan oleh pihak hospital.



Kes disiasat di bawah seksyen 307 Kanun Keseksaan atas cubaan membunuh dan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun. Utusan

Lelaki kurung ibu di bilik tidur, tetak dua anggota polis

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Kempen undi Bell Ngasri macam YB nak pilihan raya

Rozita miliki rumah 7 bilik di London



DJ Ismahalil menangis sujud syukur, bebas, lepas edar dadah

Pelanggan ‘melompat’ bayar nasi padang harga kayangan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker