Pelanggan ‘melompat’ bayar nasi padang harga kayangan

Seorang wanita merungut selepas dia membayar SG$20.30 (RM69.55) untuk nasi padang yang dibeli di sebuah kedai di Lapangan Terbang Changi kelmarin, lapor portal berita Stomp semalam.

Dia mengunjungi sebuah gerai di medan selera untuk makan tengah hari dan memesan nasi, sayur, rendang daging lembu dan sepotong ikan.

Wanita itu memberitahu Stomp: “Saya dikenakan harga mengejut SG$20.30.



“Dua kakitangan wanita menjelaskan bahawa hirisan ikan adalah barangan makanan laut pada harga SG$12 (RM41.11) yang saya tidak diberitahu terlebih dahulu. Saya menyemak semula papan tanda gerai itu dan tidak menemui sebarang petunjuk harga untuk makanan laut.

“Saya berharap mereka dapat meningkatkan ketelusan harga makanan,” katanya.

Sebagai tindak balas kepada pertanyaan Stomp, jurucakap kedai itu berkata, pihaknya telah berusaha untuk menyediakan pilihan makanan yang berkualiti kepada pengguna.

“Kami menyedari perkara ini dan sedang bekerjasama rapat dengan penyewa kami untuk menambah baik papan menu dengan petunjuk harga yang lebih jelas.” katanya. – Agensi



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Hakim menangis dalam mahkamah



Mak saya dah Whatsapp Puteri Balqis tapi… , Qistina Raisah sedih

Suami tolak jumpa saya – Nabila Huda



Enam kereta dibakar lelaki mental dekat Bukit Tinggi



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker