Kata jaga Melayu, Islam, kekayaan berbilion ringgit – Anwar

Kata jaga Melayu, Islam, kekayaan berbilion ringgit – Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan terdapat pemimpin parti Melayu dan Islam menggunakan kuasa untuk mengayakan diri, keluarga dan keturunannya.

Menurutnya, selepas menjawat jawatan Perdana Menteri, beliau telah melihat segala fail yang mendedahkan bahawa negara telah mewarisi satu sistem yang telah rosak.



Kata beliau, adalah menjadi tanggungjawabnya untuk memastikan negara dapat diurus dengan baik dan mengelak daripada terus berlaku amalan ‘menyakau’ kekayaan negara.

“Bercakap berdegar-degar jaga Melayu, Islam, jaga negeri, tapi masing-masing mempunyai kekayaan berbilion ringgit. Sebab itu bila orang jerit kuat-kuat nak tolong Melayu, saya tengok muka-muka ini kalau betul dia kaya, saya kata nak tolong Melayu, silakan.

“Harta kamu berbilion-bilion itu serahkan setengahnya kepada orang Melayu…dari mana kamu dapat berbilion itu?” katanya ketika berucap pada program Cakna Madani Perdana Menteri bersama Agensi Penguatkuasaan di sini hari ini.

Anwar turut mencabar mana-mana pemimpin parti politik yang memperjuangkan hak rakyat untuk memulangkan kembali kekayaan mereka itu demi menyelamatkan negara.



“Saya bukan bercakap ini sebagai agenda politik, tapi sementara saya di sini, saya jamin apapun serangan yang mereka lemparkan, saya tidak akan tolak ansur sama sekali.

“Saya tidak akan izinkan negara ini dan pemimpin-pemimpin menggunakan kuasa mencuri harta rakyat dan merosakkan negara. Jadi saya memohon kerjasama penguatkuasaan untuk melaksanakan amanah dengan baik,” jelasnya. K Online

Kata jaga Melayu, Islam, kekayaan berbilion ringgit – Anwar

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dituduh jual agama dengan pakai tudung ‘on off’, Baby Shima saman PU Syed dan Ketua Pemuda PAS Pahang

Terkejut tengok Ameera Khan di gimnasium (Video)



Harinya akan tiba bila dia pergi, Amy doakan untuk anaknya Alexander

Angkuh dan berlagak samseng, pekerja pasar raya ditahan Polis



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker