Al-Quran, rahsia alam yang penuh keistimewaannya

Al-Quran, rahsia alam yang penuh keistimewaannya

Allah berfirman,“Sebenarnya, Al-Quran itu adalah ayat-ayat yang nyata di dalam dada orang -orang yang diberi ilmu. Dan tidak ada yang mengingkari ayat-ayat Kami kecuali orang-orang yang zalim.” (Surah Al-Ankabut: 49)

Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w adalah untuk menjadi panduan dan pedoman hidup di dunia dan bekalan di akhirat kelak. Ia merupakan satu panduan yang lengkap kepada seluruh umat manusia khususnya umat Islam. Di dalamnya terkandung segala macam kelebihan, cara-cara serta ayat-ayat Allah yang menyeru umat Islam di dunia ini untuk berbakti dan sujud kepada Nya.



Al Imam Jalaludin As-Suyuti dalam kitab Al Itqan Fi Ulumil Quran menyatakan pengertian Al Quran iaitu :

Kitab yang penuh mukjizat yang tidak dapat ditandingi oleh sesiapa pun.

Kitab yang diturunkan, membuktikan ia bukan ciptaan Nabi, sebaliknya merupakan ciptaan Allah. Maka ketulenannya terjamin, sesiapa pun tidak dapat menyangkalnya.

Sebagai sebuah kitab yang dibaca, atau dihafaz. Jika dibaca menjadi satu ibadah dan mendapat ganjaran pahala, apatah lagi jika menghafaznya.



Baginda s.a.w. bersabda,

“Barang siapa yang membaca satu huruf dari kitab Allah, maka baginya satu kebaikan, dan satu kebaikan itu menyamai 10 kebajikan yang seumpama dengannya, aku tidak bermaksud satu huruf itu alif, lam dan mim, tetapi, alif satu huruf, lam satu huruf, dan mim satu huruf”.

Rasulullah s.a.w. juga bersabda,

“Semulia-mulia kamu adalah orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarnya kepada orang lain. (HR Bukhari)



Ternyata al-Quran mempunyai pelbagai kelebihan di dalamnya. Maka, menjadi satu kemestian kepada umat Islam mengamalkan pembacaan al-Quran. Walaupun tidak dapat membacanya setiap hari dalam jumlah yang banyak, tetapi jika dibaca sehari satu ayat sekalipun, kita akan tetap mendapat ganjarannya.

Antara kelebihan-kelebihan bagi individu yang membaca dan menghafaz al-Quran berdasarkan sabda Rasulullah iaitu,

Orang mukmin yang membaca al-Quran, Rasulullah mengumpamakan mereka ini sebagai sebiji limau atau uttrujjah di mana baunya harum, dan rasanya manis.

Orang mukmin yang tidak membaca Al Quran, Nabi mengumpamakan sebagai buah tamar, yang tidak mempunyai bau, tetapi rasanya manis dan sedap.



Bagi golongan munafik yang membaca al-Quran pula Nabi berkata, seperti mereka Raihanah (bauan) baunya harum tetapi rasanya pahit. Contohnya ialah seperti orang yang membaca al-Quran untuk memenangi sesuatu pertandingan.

Manakala bagi golongan munafik yang langsung tidak membaca al-Quran mereka diumpamakan seperti hamzalah atau timun yang pahit, tiada bau, sementelah rasanya lagi pahit. Utv

Al-Quran, rahsia alam yang penuh keistimewaannya

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dituduh jual agama dengan pakai tudung ‘on off’, Baby Shima saman PU Syed dan Ketua Pemuda PAS Pahang

Terkejut tengok Ameera Khan di gimnasium (Video)



Harinya akan tiba bila dia pergi, Amy doakan untuk anaknya Alexander

Angkuh dan berlagak samseng, pekerja pasar raya ditahan Polis

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker