Angkuh dan berlagak samseng, pekerja pasar raya ditahan Polis

Ampang: Pekerja pasar raya ditahan selepas disyaki berlagak ala samseng jalanan melakukan ugutan terhadap pekerja penghantaran yang memandu perlahan di Jalan Pandan Cahaya 2 /3, di sini, 15 Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, suspek seorang lelaki tempatan berusia 27 tahun ditahan di sebuah pasar raya, di sini, semalam.

“Pada 15 Jun jam 6.40 petang, mangsa lelaki tempatan berusia 31 tahun memberhentikan kenderaan di bahu jalan sebelum didatangi suspek yang memarahi mangsa dengan nada tinggi serta memaki hamun.



“Suspek juga ada mengangkat tangan seperti mahu menumbuk mangsa.

“Motif kejadian dipercayai berpunca suspek tidak berpuas hati cara pemanduan mangsa yang perlahan dan berhenti di bahu kiri jalan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, suspek ditahan jam 3.30 petang semalam dan semakan mendapati tiada rekod lampau manakala ujian urin juga negatif.

Katanya, suspek direman empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-dua sekali.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelawak wanita ‘bersuamikan’ Pengkid



Suami mati baru berkabung masa iddah – Puteri Sarah

Kalau kurus tiada bontot, suami tak suka – Almy Nadia



Sajat kau tayanglah body macam mana pun, kau tetap lelaki



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker