Bibir murid digigit guru, beri ruang pihak berkuasa siasat – Fadhlina

Bibir murid digigit guru, beri ruang pihak berkuasa siasat – Fadhlina

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek meminta semua pihak memberi ruang kepada pihak berkuasa dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) menyiasat kes seorang guru lelaki yang didakwa menggigit bibir muridnya, di sebuah sekolah di pantai timur yang tular semalam.

Fadhlina berkata, segala siasatan mesti mengikut saluran serta proses yang betul iaitu mempunyai aduan, siasatan serta ketelusan dan pihak kementerian sedang menanti keputusan siasatan sebelum mengambil sebarang tindakan lanjut.



“Status (kedudukan) guru berkenaan akan diserahkan kepada JPN sama ada akan dibawa ke peringkat lebih jauh.

“Saya hendak memberi jaminan bahawa apa sahaja aduan berkaitan keganasan, buli atau apa sahaja tindakan fizikal, kita akan siasat. Tidak ada kompromi. Hormat proses (siasatan) itu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Anugerah Digital Utilisation and Technology Awards (DUTA) 2002, di Auditorium Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan.

Semalam, tular di media sosial seorang ibu mendakwa anak lelakinya berusia enam tahun digigit seorang guru di bahagian bibirnya mengakibatkan kanak-kanak itu trauma untuk ke sekolah.



Dakwa wanita berkenaan, kejadian itu bukan sahaja melibatkan anak lelakinya, tetapi beberapa murid lain turut menjadi mangsa dengan digigit di bahagian mulut, tangan, hidung dan telinga. FMT

Bibir murid digigit guru, beri ruang pihak berkuasa siasat – Fadhlina

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



‘Barang’ nampak terjojol, Putera Muhammad minta maaf

Sophia AlBarakbah berang, nama dipetik goda suami orang lagi



Bapa jumpa semula anak diculik selepas cari selama 22 tahun

Yasmin Hani posing pakai swimming suit, netizen tegur patut bersyukur pada Allah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker