Speedy Tigers tinggal keluarga 41 hari demi misi negara

Speedy Tigers tinggal keluarga 41 hari demi misi negara

Speedy Tigers tinggal keluarga 41 hari demi misi negara
SKUAD hoki negara gigih jalani latihan bagi menghadapi tiga kejohanan utama. FOTO MHC

Kuala Lumpur: Barisan pemain skuad hoki lelaki kebangsaan dituntut melakukan pengorbanan besar apabila terpaksa meninggalkan keluarga selama 41 hari bagi menghadapi jadual padat membabitkan tiga kejohanan utama tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan, Datuk Najmi Razak berkata skuad Speedy Tigers akan berkampung di Afrika Selatan bermula Jun ini sebagai persediaan menghadapi Kejohanan Piala Negara-Negara dari 11 hingga 20 Jun.

Beliau berkata skuad negara kemudian akan menghadapi Kejohanan Piala Dunia di Belgium dari 14 hingga 30 Ogos dan kemuncaknya adalah temasya Sukan Asia di Jepun dari 19 Sept hingga 4 Okt.

“Selepas Piala Negara-Negara, pasukan akan menjalani lima siri perlawanan persahabatan menentang Afrika Selatan dan sesi pemantapan pasukan untuk mengeratkan lagi persefahaman antara pemain.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Gerak Solo, Tawaran BN Johor Kestabilan Politik Asli – Najib


“Mereka dijangka pulang ke Kuala Lumpur pada 14 Julai sebelum terbang ke Belgium bagi Kejohanan Piala Dunia (14 hingga 30 Ogos),” katanya dalam kenyataan dikeluarkan Konfederasi Hoki Malaysia hari ini.

Dalam perkembangan sama, Najmi turut mengumumkan senarai 34 pemain yang dipanggil menjalani latihan bersama skuad kebangsaan.

Beliau berkata tiga pemain daripada skuad remaja kebangsaan iaitu Muhammad Safwan Salihe, Rahuul Fazrien Muhammad Nazrien dan Muhammad Nabil Irfan Mohd Yusof diberi peluang menyertai skuad utama sebagai sebahagian usaha memperkukuh pembangunan pemain pelapis negara.

“Ini antara pembaikan pasukan yang kami ketengahkan iaitu memberikan pendedahan terbaik kepada pemain remaja dan kami mahukan dengan segala pengalaman yang mereka dapat, mereka mampu untuk memimpin pemain remaja yang lain.

“Bukan itu sahaja, kami mahukan pastikan pemain-pemain remaja apabila diperlukan untuk menggalas tugas kebangsaan, mereka bersedia menyahut cabaran tersebut selain jurang antara pemain-pemain ini dengan pemain senior lain tidak terlalu jauh,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pemuda UMNO Selangor Seru Rakyat Bersatu Pertahan Institusi Raja


Sementara itu, ketua jurulatih skuad lelaki kebangsaan Brendon Carolan berkata pemilihan pemain dibuat berdasarkan prestasi dan tahap kecergasan semasa, selain pasukan kejurulatihan turut memantau rapat saingan Liga Hoki Malaysia dalam membuat keputusan pemilihan pemain.

Carolan berkata sasaran awal skuad negara adalah untuk mara ke separuh akhir Kejohanan Piala Negara-Negara.

Speedy Tigers tinggal keluarga 41 hari demi misi negara


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

UMNO Negeri Sembilan Nafi Khianati PH, Tegas Pertahan Institusi Raja

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker