Sze Fei-Izzuddin sasar podium

Sze Fei-Izzuddin sasar podium

Sze Fei-Izzuddin sasar podium
SZE Fei dan Izzuddin tekad teruskan momentum cemerlang. FOTO Bernama

Kuala Lumpur: Beregu lelaki profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani memasang impian untuk meneruskan momentum cemerlang di Masters Malaysia 2026 sekali gus menamatkan kejohanan itu di kedudukan podium.

Menurut jurulatihnya, Ameer Amri Zainuddin, Sze Fei-Izzuddin menunjukkan peningkatan positif di Terbuka Thailand minggu lalu dan itu memberi motivasi tambahan buat mereka mempamerkan aksi sama di hadapan penyokong sendiri.

Katanya, tahap kecergasan kedua-dua pemain itu juga dilihat baik sekali gus yakin memulakan langkah kanan esok.

“Sudah tentu kami mahu cuba pergi sejauh mungkin hingga ke podium atau final, tetapi paling penting kami perlu fokus satu demi satu perlawanan,” katanya.

Pada Terbuka Thailand, gandingan ketujuh dunia itu berjaya beraksi sehingga ke separuh akhir sebelum perjalanan mereka terhenti apabila tewas kepada beregu India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty.

Selain itu, beliau yakin anak didiknya itu sudah melakukan persiapan secukupnya termasuk dari aspek mental serta fizikal bagi mengharungi jadual padat.

Untuk rekod, pada edisi lalu, langkah Sze Fei-Izzuddin tersekat di suku akhir selepas kalah kepada rakan senegara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun.

Sze Fei-Izzuddin sasar podium


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

UMNO Negeri Sembilan Nafi Khianati PH, Tegas Pertahan Institusi Raja

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker