City awasi kejutan Bournemouth

City awasi kejutan Bournemouth

City awasi kejutan Bournemouth
SEMENYO akan berdepan cabaran bekas kelabnya pada awal pagi Rabu ini. FOTO Reuters

London: Manchester City akan bertandang ke gelanggang Bournemouth pada awal pagi Rabu dengan keyakinan tinggi selepas menang Piala FA, namun pengurus Pep Guardiola sedar pasukannya perlu menamatkan rekod tanpa kalah 16 perlawanan liga milik tuan rumah untuk terus menghidupkan peluang kejuaraan.

City menuju ke pantai selatan England dengan semangat tinggi selepas menewaskan Chelsea di Wembley pada Sabtu. Antoine Semenyo yang menyertai City dari Bournemouth pada Januari menjaringkan satu-satunya gol perlawanan pada separuh masa kedua.

Kemenangan itu memastikan City terus berada di landasan memburu treble domestik selepas sebelum ini menjuarai Piala Liga dengan menewaskan Arsenal pada Mac lalu. Anak buah Guardiola kini berada dua mata di belakang pendahulu liga Arsenal dengan dua perlawanan berbaki, menjadikan perebutan gelaran semakin sengit.

“Ia pertandingan berbeza, tetapi sentiasa lebih baik pergi ke Bournemouth dengan perasaan menang Piala FA berbanding sebaliknya,” kata Guardiola kepada wartawan hari ini.

“Mereka sudah 16 atau 17 perlawanan tanpa kalah, rekod mereka memang luar biasa. Satu-satunya peluang kami (untuk menjuarai liga) ialah menang perlawanan ini, jadi kami perlu tamatkan rekod itu, jika tidak semuanya akan berakhir.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Gerak Solo, Tawaran BN Johor Kestabilan Politik Asli – Najib


 

“Musim ini sekali lagi, apa yang mereka lakukan selepas kehilangan tiga pemain benteng utama yang berjaya musim lalu tetap mengagumkan.”

Bournemouth yang sedang memburu slot Eropah akan turun dengan keadaan segar selepas kali terakhir beraksi pada 9 Mei menentang Fulham.

“Mereka mempunyai 10 hari untuk membuat persiapan dan sedang bersaing untuk tempat Liga Juara-Juara, jadi mereka ada sebab untuk tampil pada tahap terbaik,” kata Guardiola.

“Kami akan bersedia sebaik mungkin dengan mengetahui apa yang perlu dilakukan. Ia tidak rumit, kami perlu menang dan membawa harapan itu ke perlawanan terakhir menentang Aston Villa.”

Pesaing utama City, Arsenal akan menentang pasukan yang sudah tersingkir, Burnley, awal pagi esok.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pemuda UMNO Selangor Seru Rakyat Bersatu Pertahan Institusi Raja


“Di England, semua pasukan sentiasa memberikan yang terbaik,” tambah Guardiola.

“Leeds United yang sudah selamat daripada penyingkiran pergi ke gelanggang Tottenham Hotspur dan bermain dengan sangat baik untuk mencatat keputusan seri. Brighton & Hove Albion pula sedang memburu slot Eropah, tetapi Leeds menang semalam. Saya tidak ragu Burnley juga akan mencuba.”

Dalam perkembangan positif buat City, Guardiola turut mengesahkan beliau memiliki skuad penuh cergas untuk aksi menentang Bournemouth yang kini berada di tangga keenam liga.

City awasi kejutan Bournemouth


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

UMNO Negeri Sembilan Nafi Khianati PH, Tegas Pertahan Institusi Raja

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker