Se Young ternyata unggul, juarai Terbuka Korea
Se Young ternyata unggul, juarai Terbuka Korea

Seoul: Pemain nombor satu dunia, An Se-young membuktikan dominasinya dalam badminton wanita apabila merangkul gelaran ke-11 musim ini selepas menjuarai Terbuka Korea di Yeosu, hari ini.
Pemain berusia 24 tahun itu menewaskan pemain nombor dua dunia dari Jepun, Akane Yamaguchi 21-12, 15-21, 21-16 pada aksi final untuk meneruskan rekod tanpa kalah sejak Mac lalu.
Kejayaan itu sekali lagi mengukuhkan kedudukan Se-young sebagai pemain paling dominan musim ini, namun mengakui perlu kekal berwaspada ketika berdepan Yamaguchi yang sentiasa mampu memberikan tentangan sengit.
“Dia pemain yang sentiasa mampu memastikan jurang mata kekal rapat. Jadi, saya cuba mengekalkan intensiti permainan sehingga tamat perlawanan,” katanya kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF).
SeSe-young turut mengakui kejayaan di laman sendiri membawa makna cukup istimewa, apatah lagi apabila berjaya menamatkan perlawanan dengan kemenangan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Jangan ‘Trial And Error’, Teruskan Kesinambungan – Siti Aminah
- Manifesto Bersama BN-PN Angkat Agenda Kebajikan Rakyat
- UMNO Pagoh Buat Laporan Polis Isu Titah Tahanan Rumah Najib
Pentas Gelombang Biru BN-PN Seluruh Melaka, Suntik Semangat Jentera
“Apabila perlawanan berakhir, saya sangat bangga dengan diri sendiri. Perasaannya sedikit berbeza kerana ini kejohanan di negara sendiri,” katanya.
Kemenangan itu juga menyaksikan Se-young merekodkan kemenangan ke-11 berturut-turut ke atas Yamaguchi, yang kali terakhir menewaskannya pada final Terbuka Korea tahun lalu.
Mengulas pertemuan itu, Se-young berkata, dia tidak terlalu memikirkan kekalahan terdahulu kerana Yamaguchi sentiasa hadir dengan corak permainan berbeza setiap kali mereka bertemu.
“Yamaguchi pemain yang membawa pelbagai corak permainan dalam setiap perlawanan. Saya tahu ia bukan tugas mudah dan ternyata memang sukar,” katanya.
Se Young ternyata unggul, juarai Terbuka Korea
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rakyat Melaka Bijak Memilih, Bukan Cari Pelakon Tetapi Pemimpin
- Abu Bakar Sabudin Automatik Tergugur Keahlian UMNO – Sumali
- Manifesto BN Realistik, Sasar 25 Juta Pelancong Ke Melaka Bukan Hanya Angka
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Undi Awal PRN Melaka: Penghargaan Buat Petugas Barisan Hadapan
You must be logged in to post a comment.