Rashid yakin Zii Jia kembali ‘meletup’

Rashid yakin Zii Jia kembali ‘meletup’

Rashid yakin Zii Jia kembali 'meletup'
PEMAIN perseorangan proresinal negara, Lee Zii Jia. – Foto Aswadi Alias

Kuala Lumpur: Legenda badminton negara, Datuk Rashid Sidek percaya pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia mampu kembali menjadi pencabar utama kejuaraan berdasarkan peningkatan prestasi yang dipamerkannya dalam dua kejohanan terakhir.

Rashid berkata, corak permainan Zii Jia kini menunjukkan perubahan positif apabila lebih berani menyerang yang sememangnya menjadi ‘senjata’ utamanya.

Menurutnya, kemampuan pemain ranking ke-40 dunia itu menewaskan pemain kelompok 10 terbaik dunia turut membuktikan dia masih memiliki keupayaan untuk bersaing di peringkat tertinggi.

Perkembangan itu dapat dilihat menerusi pencapaian Zii Jia yang mara ke separuh akhir Terbuka Artik, bulan lalu, sekali gus menjadi keputusan terbaiknya sejak menjuarai Terbuka Australia 2024.

Bagaimanapun, kempen pemain berusia 28 tahun itu pada Terbuka Hylo di Jerman minggu lalu terjejas akibat demam panas yang dialami sebelum kejohanan bermula.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pentas Gelombang Biru BN-PN Seluruh Melaka, Suntik Semangat Jentera


Dia tetap berjaya mara ke pusingan 16 terakhir sebelum tewas kepada pemain nombor lapan dunia dari Jepun dalam pertarungan tiga set.

“Memang nampak perkembangan positif. Ada inisiatif daripada dirinya untuk memperbaiki permainan dan cara dia beraksi juga sudah berubah.

“Sekarang nampak ada semangat dan keinginan untuk membuktikan dia masih mampu beraksi dengan baik. Permainannya lebih banyak menyerang dan itu memang kekuatan Zii Jia,” katanya ketika dihubungi.

Rashid percaya Zii Jia hanya memerlukan sekurang-kurangnya satu gelaran kejuaraan untuk meningkatkan lagi keyakinan, sekali gus menjadi suntikan semangat bagi memperbaiki ranking dunia dan persiapan menghadapi pusingan kelayakan ke Sukan Olimpik Los Angeles 2028.

“Kalau dia dapat satu gelaran, itu lebih bagus kerana boleh meningkatkan semangat untuk melonjakkan ranking dan membuat persiapan menghadapi kelayakan Olimpik.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

BN-PN Masuki Fasa Kedua, Kerjasama Strategik Terus Diperkukuh – Mahdzir Khalid


“Berdasarkan prestasi dalam dua kejohanan terakhir, perkembangannya sudah cukup baik. Kalau dapat sekurang-kurangnya satu gelaran lagi, tentu lebih bagus,” katanya.

Zii Jia kini berpeluang memburu gelaran pertama sejak menjuarai Terbuka Australia 2024 apabila turun beraksi pada Masters Kumamoto di Jepun yang bermula esok.

Bekas juara Seluruh England itu yang sebelum ini berada dalam senarai simpanan keempat, mendapat peluang beraksi susulan penarikan diri beberapa pemain.

Dia akan memulakan kempen pusingan kelayakan menentang wakil tuan rumah, Minoru Koga dan jika menang, dia akan bertemu pemain nombor satu dunia dari Perancis, Christo Popov pada pusingan pertama.

Rashid yakin Zii Jia kembali ‘meletup’


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Undi Awal PRN Melaka: Penghargaan Buat Petugas Barisan Hadapan

 

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker