Noraqilah bakal kembali beraksi
Noraqilah bakal kembali beraksi

Kuala Lumpur: Pemain beregu wanita negara, Noraqilah Maisarah Ramdan semakin hampir kembali ke gelanggang selepas berehat hampir dua bulan akibat kecederaan buku lali kiri dan dijangka menyertai Terbuka Hong Kong dari 17 hingga 22 November ini.
Ketua jurulatih beregu wanita kebangsaan, Rosman Razak berkata, beliau melihat perkembangan pemain itu semakin positif sekali gus tidak berdepan masalah sekiranya beraksi pada kejohanan berkenaan.
Katanya, meskipun menunjukkan perkembangan positif di gelanggang, kejohanan Masters Kumamoto yang akan bermula Selasa ini dilihat terlalu awal untuk Noraqilah bergandingan dengan Low Zi Yu.
“Untuk Kumamoto mungkin agak sukar, tetapi perkembangan pemulihannya sangat baik,” katanya
Selain itu, jurulatih berkenaan turut mengesahkan gandingan Low Zi Yu-Noraqilah akan dikekalkan dan tidak akan dipisahkan buat masa ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Jangan ‘Trial And Error’, Teruskan Kesinambungan – Siti Aminah
- Manifesto Bersama BN-PN Angkat Agenda Kebajikan Rakyat
- UMNO Pagoh Buat Laporan Polis Isu Titah Tahanan Rumah Najib
Pentas Gelombang Biru BN-PN Seluruh Melaka, Suntik Semangat Jentera
Jelasnya, pasangan wanita itu kini berada di kedudukan ke-42 dunia dan harapan diletakkan kepada mereka untuk bersaing merebut tiket ke Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA28).
“Mata kelayakan Olimpik menjadi pertaruhan tahun depan. Mereka kini berada dalam kelompok ranking 40-an dunia, jadi menukar pasangan pada waktu ini agak berisiko.
“Pada tahap mereka sekarang, untuk menembusi kelompok 32 terbaik dunia bukan sesuatu yang mudah.
“Harapannya, tahun depan Zi Yu dan Noraqilah dapat memasuki undian utama kejohanan Super 1000 dan Super 750.
“Buat masa ini, ada kalanya mereka berada dalam senarai menunggu. Kami mahu memastikan mereka dapat beraksi dalam undian utama,” katanya.
Dalam pada itu, beliau berharap akan ada dua hingga tiga gandingan wanita negara yang mampu bersaing untuk melayakkan diri ke LA28 nanti.
Noraqilah bakal kembali beraksi
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rakyat Melaka Bijak Memilih, Bukan Cari Pelakon Tetapi Pemimpin
- Abu Bakar Sabudin Automatik Tergugur Keahlian UMNO – Sumali
- Manifesto BN Realistik, Sasar 25 Juta Pelancong Ke Melaka Bukan Hanya Angka
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Undi Awal PRN Melaka: Penghargaan Buat Petugas Barisan Hadapan
You must be logged in to post a comment.