Wei Chong-Kai Wun lupakan Jelajah Dunia Akhir
Wei Chong-Kai Wun lupakan Jelajah Dunia Akhir

Kuala Lumpur: Beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun mengangkat bendera putih dalam perebutan tiket ke Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 2026 selepas peluang mereka tertutup susulan tidak beraksi bersama dalam beberapa kejohanan utama sebelum ini.
Ketika ini, berdasarkan kedudukan kelayakan ke Jelajah Dunia Akhir, Wei Chong-Kai Wun berada di tangga ke-33 dan tidak mampu lagi mengejar dua pasangan negara yang berada pada kedudukan lebih baik, iaitu beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani (pertama) dan pasangan utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik (keenam).
Justeru, beregu kesembilan dunia itu akan memberikan fokus kepada dua kejohanan akan datang, iaitu Masters Jepun (10 hingga 15 November) dan Terbuka Hong Kong (17 hingga 22 November).
Menurut Wei Chong, mereka kini mahu memberikan tumpuan kepada prestasi semasa dan memperbaiki beberapa kelemahan bagi mendapatkan momentum terbaik menjelang Terbuka Malaysia 2027.
“Kami hanya mahu memberikan aksi terbaik dalam dua kejohanan seterusnya. Mungkin sasaran kami adalah untuk berada dalam kelompok lapan terbaik pada Terbuka Malaysia tahun depan,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Jangan ‘Trial And Error’, Teruskan Kesinambungan – Siti Aminah
- Manifesto Bersama BN-PN Angkat Agenda Kebajikan Rakyat
- UMNO Pagoh Buat Laporan Polis Isu Titah Tahanan Rumah Najib
Pentas Gelombang Biru BN-PN Seluruh Melaka, Suntik Semangat Jentera
Sebelum ini, ketua jurulatih beregu negara, Herry Iman Pierngadi melakukan eksperimen dengan menukar beberapa pasangan sedia ada untuk beraksi dalam kejohanan tertentu bagi menilai keserasian gandingan baharu.
Setakat ini, Yap Roy King-Aaron Tai dilihat menunjukkan prestasi baik dan berkemungkinan dikekalkan, manakala Aaron-Wooi Yik serta Wei Chong-Kai Wun kembali bergandingan dengan pasangan masing-masing.
Bermula tahun depan, misi lebih penting menanti kem beregu negara apabila kempen kelayakan Sukan Olimpik Los Angeles 2028 bermula dengan setiap pasangan pastinya mengidamkan dua slot yang ditawarkan kepada setiap negara berdasarkan kedudukan ranking dunia.
Wei Chong-Kai Wun lupakan Jelajah Dunia Akhir
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rakyat Melaka Bijak Memilih, Bukan Cari Pelakon Tetapi Pemimpin
- Abu Bakar Sabudin Automatik Tergugur Keahlian UMNO – Sumali
- Manifesto BN Realistik, Sasar 25 Juta Pelancong Ke Melaka Bukan Hanya Angka
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Undi Awal PRN Melaka: Penghargaan Buat Petugas Barisan Hadapan
You must be logged in to post a comment.