Barca sambung kontrak Flick

Barca sambung kontrak Flick

Barca sambung kontrak Flick
FLICK dilambung pemainnya selepas menjuarai La Liga. FOTO Reuters

Barcelona: Pengurus Barcelona, Hansi Flick melanjutkan kontraknya sehingga Jun 2028 dengan pilihan lanjutan semusim selepas berjaya membimbing kelab itu meraih gelaran ke-29 La Liga, menurut kenyataan kelab hari ini.

Kontrak terdahulu pengendali berusia 61 tahun itu sepatutnya tamat pada Jun 2027.

Barcelona mengesahkan kejuaraan liga dengan baki tiga perlawanan selepas menewaskan musuh tradisi Real Madrid pada 10 Mei lalu.

Flick yang pernah memenangi treble bersama Bayern Munich menyertai Barcelona pada 2024 menerusi kontrak dua tahun dengan tekad membina semula reputasinya selepas dipecat oleh skuad Jerman pada September 2023.

Di bawah kendaliannya, Barcelona pantas kembali menguasai saingan domestik dengan memenangi dua gelaran La Liga berturut-turut selain Copa del Rey 2024-25 dan dua Piala Super Sepanyol berturut-turut.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Gerak Solo, Tawaran BN Johor Kestabilan Politik Asli – Najib


 

Namun, selepas tersingkir di suku akhir Liga Juara-Juara di tangan Atletico Madrid, Barcelona dijangka mahu memberikan cabaran lebih kuat dalam saingan kelab elit Eropah itu musim depan.

Barca sambung kontrak Flick


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

UMNO Negeri Sembilan Nafi Khianati PH, Tegas Pertahan Institusi Raja

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker