Guardiola bakal tinggalkan Man City pada hujung musim ini
Guardiola bakal tinggalkan Man City pada hujung musim ini

Manchester: Pep Guardiola dijangka menamatkan sedekad penuh gemilang dengan limpahan trofi bersama Manchester City hujung minggu ini, menurut beberapa laporan, hari ini.
Guardiola, 55, sudah memenangi enam gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) dan menghadiahkan trofi Liga Juara-Juara Eropah (UCL) pertama buat City sebagai sebahagian daripada 20 trofi sejak tiba di England pada 2016.
Beliau masih berpeluang menambah satu lagi trofi sekiranya City memenangi dua baki perlawanan musim ini menentang Bournemouth dan Aston Villa, selain Arsenal gagal menewaskan Crystal Palace pada aksi terakhir EPL pada Ahad ini.
Laporan The Daily Mail dan The Athletic menyebut Guardiola akan melepaskan jawatannya selepas kunjungan Villa ke Stadium Etihad.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tradisi Perjuangan Jadi Asas Keyakinan BN Johor Hadapi PRN -Md Israk
- Kematangan Demokrasi: Hormati Mandat Rakyat, Jangan Paksa Formula Politik
- Bukan Sombong, Tetapi Beri Pilihan Terbuka Pada Rakyat – Syed Hussein
Gerak Solo, Tawaran BN Johor Kestabilan Politik Asli – Najib
Namun, kelab itu sudah mengatur perarakan meraikan kejayaan menjuarai Piala Liga dan Piala FA musim ini di sekitar Manchester pada Isnin, yang mungkin menjadi acara perpisahan buat Guardiola.
Bekas pengendali Chelsea, Enzo Maresca, yang sebelum ini pernah berada dalam barisan kejurulatihan Guardiola di City, dilaporkan menjadi calon utama untuk mengambil alih musim depan.
Guardiola masih mempunyai baki kontrak selama setahun, namun khabar angin mengenai pemergiannya pada penghujung musim sudah berlegar sejak beberapa bulan lalu.
Selepas melalui musim pertama tanpa trofi dalam tempoh tujuh tahun pada kempen 2024/25, City bangkit semula dengan prestasi lebih meyakinkan.
Kemenangan ke atas Chelsea di final Piala FA, Sabtu lalu melengkapkan kejayaan berganda piala domestik dan mereka masih berpeluang merampas gelaran liga daripada Arsenal untuk kejuaraan ketujuh dalam tempoh sembilan tahun.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ahmad Zahid Seru Belia Terus Jadi Penggerak Masa Depan Negara
- Projek LRA Kedah: MB Wajib Ambil Tahu Pembangunan Infra Rakyat
- Ulang Tahun ke-80: Sambutan Di Istana Besar, Tanda Kebangkitan Semula UMNO
Pemuda UMNO Selangor Seru Rakyat Bersatu Pertahan Institusi Raja
Guardiola tiba di England dengan reputasi sebagai antara jurulatih paling berjaya di Eropah.
Tempoh empat tahunnya bersama kelab zaman kanak-kanaknya, Barcelona antara 2008 hingga 2012, mencuri perhatian dunia apabila memenangi dua trofi UCL dan tiga gelaran La Liga.
Guardiola bakal tinggalkan Man City pada hujung musim ini
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tuduhan Pengkhianat Adalah Bermotif Politik, Sengaja Kelirukan Rakyat – Jais Sarday
- Henti Main Sentimen, BN Johor Bukan Pengkhianat – Aznan Tamin
- Politik Kerja, Utama Turun Padang Berbanding Janji – Akmal Zharif
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
UMNO Negeri Sembilan Nafi Khianati PH, Tegas Pertahan Institusi Raja
You must be logged in to post a comment.