Neymar kembali dalam skuad Brazil untuk Piala Dunia keempat
Neymar kembali dalam skuad Brazil untuk Piala Dunia keempat

Rio de Janeiro: Bintang sensasi, Neymar menerima panggilan semula dramatik ke skuad Piala Dunia Brazil pada hari ini, sekali gus kembali menyertai pasukan kebangsaan selepas hampir tiga tahun tidak beraksi.
Kemasukan Neymar, penjaring terbanyak sepanjang zaman Brazil dengan 79 gol dalam 128 penampilan, menjadi kejutan terbesar dalam skuad 26 pemain yang diumumkan ketua jurulatih, Carlo Ancelotti.
Ancelotti mengumumkan pemilihan Neymar dalam satu majlis gala di Rio de Janeiro dengan sorakan gemuruh bergema sebaik penggempur veteran itu disahkan kembali dipanggil.
Spekulasi sudah berlarutan sejak beberapa bulan mengenai sama ada bekas penyerang Barcelona dan Paris Saint-Germain berusia 34 tahun itu mampu kembali menembusi skuad kebangsaan.
Penyerang yang beraksi dalam Piala Dunia 2014, 2018 dan 2022 itu tidak pernah bermain untuk Brazil sejak mengalami kecederaan lutut ketika aksi kelayakan Piala Dunia menentang Uruguay pada 2023.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tradisi Perjuangan Jadi Asas Keyakinan BN Johor Hadapi PRN -Md Israk
- Kematangan Demokrasi: Hormati Mandat Rakyat, Jangan Paksa Formula Politik
- Bukan Sombong, Tetapi Beri Pilihan Terbuka Pada Rakyat – Syed Hussein
Gerak Solo, Tawaran BN Johor Kestabilan Politik Asli – Najib
Gabungan masalah kecederaan dan prestasi tidak menentu menyebabkan beliau tersisih daripada skuad kebangsaan, malah Ancelotti sebelum ini menyuarakan kebimbangan mengenai tahap kecergasannya apabila tidak menyenaraikannya untuk aksi persahabatan menentang Perancis dan Croatia pada Mac lalu.
Namun Neymar, yang kembali menyertai kelab zaman kanak-kanaknya, Santos FC pada Januari selepas tempoh suram dibelenggu kecederaan di Arab Saudi, kini mendapat kepercayaan Ancelotti untuk menghadapi Piala Dunia di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico.
“Kami memantau Neymar sepanjang tahun dan mendapati sejak kebelakangan ini dia bermain secara konsisten selain tahap fizikalnya semakin baik,” kata Ancelotti.
“Kami percaya dia pemain penting.”
Kecederaan mengehadkan Neymar kepada hanya 15 penampilan daripada 31 perlawanan sejak kembali ke Santos pada 2026.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ahmad Zahid Seru Belia Terus Jadi Penggerak Masa Depan Negara
- Projek LRA Kedah: MB Wajib Ambil Tahu Pembangunan Infra Rakyat
- Ulang Tahun ke-80: Sambutan Di Istana Besar, Tanda Kebangkitan Semula UMNO
Pemuda UMNO Selangor Seru Rakyat Bersatu Pertahan Institusi Raja
Brazil yang memburu gelaran Piala Dunia keenam, akan memulakan kempen menentang Maghribi pada 13 Jun sebelum berdepan Haiti dan Scotland dalam Kumpulan C.
Neymar akan mengetuai barisan serangan mantap yang turut dibarisi penyerang Barcelona, Raphinha dan bintang Real Madrid, Vinicius Junior.
Ancelotti percaya Piala Dunia akan dimenangi oleh pasukan paling kental.
“Piala Dunia tidak akan dimenangi oleh pasukan sempurna kerana pasukan sempurna tidak wujud,” katanya.
“Ia akan dimenangi oleh pasukan yang paling berdaya tahan.”
Neymar kembali dalam skuad Brazil untuk Piala Dunia keempat
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tuduhan Pengkhianat Adalah Bermotif Politik, Sengaja Kelirukan Rakyat – Jais Sarday
- Henti Main Sentimen, BN Johor Bukan Pengkhianat – Aznan Tamin
- Politik Kerja, Utama Turun Padang Berbanding Janji – Akmal Zharif
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
UMNO Negeri Sembilan Nafi Khianati PH, Tegas Pertahan Institusi Raja
You must be logged in to post a comment.