Pertuduhan salah guna kuasa Muhyiddin lengkap – TPP

Pertuduhan salah guna kuasa Muhyiddin lengkap – TPP

Empat pertuduhan salah guna kuasa terhadap Muhyiddin Yassin adalah lengkap dengan butiran untuk memaklumkan bekas perdana menteri itu mengenai kesalahan yang didakwa itu, kata seorang pendakwa raya.

Semasa perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, berhubung permohonan Muhyiddin untuk membatalkan empat pertuduhan jenayah itu, timbalan pendakwa raya Ahmad Akram Gharib memperincikan butiran pertuduhan yang didakwa yang akan menjadi notis mencukupi kepada tertuduh berhubung kesalahan yang didakwa dilakukannya.



TPP itu menegaskan bahawa empat pertuduhan berkenaan menyatakan unsur-unsur kesalahan di bawah Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009, iaitu Muhyiddin atas kapasitinya sebagai pegawai awam ketika itu iaitu perdana menteri, telah menggunakan jawatan berkenaan untuk suapan RM232 juta.

“Adalah terlalu awal untuk mengatakan pertuduhan itu cacat. Pertuduhan itu adalah lengkap dengan notis yang mencukupi (kepada Muhyiddin supaya dia boleh menyediakan pembelaan yang sewajarnya). Siapakah kamu ketika itu sebagai perdana menteri dan presiden Bersatu. Daripada mereka (dakwaan suapan diterima) ialah Bukhary Equity (Sdn Bhd, serta dua syarikat lain dan seorang individu). Apa lagi yang kamu perlukan?

“RM200 juta itu dan tarikh (antara 1 Mac 2020 dan 20 Ogos 2021) adalah khusus. Kamu (Muhyiddin) sepatutnya tahu apa yang kamu lakukan ketika itu. Beban terletak pada kami (pendakwaan) untuk membuktikan kamu melakukan apa yang kamu lakukan berdasarkan (perincian) itu,” kata Akram kepada hakim Muhammad Jamil Hussin.

Muhyiddin memfailkan notis usul untuk membatalkan tuduhan itu pada 18 April lalu dengan menamakan pendakwa raya sebagai responden.



Dia yang juga pengerusi Perikatan Nasional (PN) memohon supaya dilepas dan dibebaskan daripada keempat-empat pertuduhan yang dikenakan terhadapnya pada 10 Mac lalu, dan memohon prosiding di Mahkamah Sesyen ditangguhkan.

Melalui afidavit sokongan difailkan bersama notis usul itu, dia mendakwa empat tuduhan adalah cacat dan tidak sah di sisi undang-undang kerana bercanggah Seksyen 152 Kanun Acara Jenayah.

Katanya, ia berikutan tiada mana-mana satu pun daripada tuduhan terbabit mendedahkan kesalahan mengikut Seksyen 23(1) Akta SPRM.

Muhyiddin, 75, ketika menjadi perdana menteri ke-lapan didakwa menggunakan kedudukannya untuk suapan berjumlah RM232.5 juta daripada tiga syarikat iaitu Bukhary Equity Sdn Bhd, Nepturis Sdn Bhd dan Mamfor Sdn Bhd serta Azman Yusoff bagi parti berkenaan.



Dia dituduh melakukan perbuatan itu di Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Putrajaya antara 1 Mac 2020 dan 20 Ogos 2021. Mk

Pertuduhan salah guna kuasa Muhyiddin lengkap – TPP

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Sayang abang haji Zul

Senaman terbaik untuk hubungan seks



Iqbal dedah sebab utama jumpa Inspektor Sheila

Pekerja kilang diarah tanggal pakaian



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker