Sayang abang haji Zul

Sayang abang haji Zul

Menjenguk ke ruangan live Zul Arifin di Instagram baru-baru ini.

Kebetulan dia pun agaknya nak berehat sebentar sambil berbual dengan peminat di ruangan live itu semasa berada di Mekah.



Ya. Dia masih berada di Mekah dan sebagaimana diketahui umum, Zul sedang melakukan ibadah haji.

Dalam pada ramai bertanya keadaan Zul di sana, mata tertumpu pada gelagat peminat-peminat wanitanya.

Fuh… bukan main ya semua. Mentang-mentang Zul berpenampilan macam abang-abang Haji, makin ramai yang tak segan silu memanggil Zul dengan gelaran sayanglah… abanglah.. B lah.. Ramai betul dah ‘angau’ dengan Zul.

Agaknya sejuk hati bila tengok Zul pun dah kurang kontroversi dan kini lebih terarah kepada penyucian rohani. Siapa yang tak sejuk hati melihatnya bukan.



Makin eloklah orang kata. Bukan kata Zul jahat sebelum ini, awas ya jangan manipulasi. Maksudnya, Zul kini nampak lebih jernihlah. Dia pun ada sebut, kalau boleh nak selalu berada di Mekah. Dia seronok di sana.

Pula itu, muda-muda dah dapat gelaran Haji. Rasanya ramai setuju yang Zul sekarang ada aura lain macam.

Kita doakan, agar Zul sentiasa berada dalam lindunganNya dan dapat jodoh yang baik juga. Biar peminat yang awal-awal panggil dia sayang tu makan hati. Utusan

Sayang abang haji Zul



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Janna Nick ditegur percaya dengan benda syirik



Tak sangka TMJ berkenan tonton video saya – Wan Mahussin

Video Tak Senonoh Mirip Pelakon Indonesia Bersama Skandal Tersebar



Bubblebee Tempat ‘Cuci Duit’, Ditaja Freemason, Ini Jawab Shuib

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker