Sanusi ‘pukul rapat’ Mukhriz

'Kalau undi diri sendiri pun kalah, lebih baik Mukhriz undi PN' - sindir Sanusi

Sanusi ‘pukul rapat’ Mukhriz

Presiden Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Datuk Seri Mukhriz Mahathir diharap terus memberi sokongannya kepada Perikatan Nasional (PN) tidak kira sama ada parti itu diterima atau tidak untuk menyertai gabungan pakatan itu.

Ketua Pengarah Pilihan Raya PN dan PAS Pusat, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, berkata ia bertujuan mengelak Mukhriz serta PEJUANG berdepan kerugian sekiranya bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.



“Keputusan diterima atau tidak (menyertai) PN, itu saya tak nak jawab kerana ia di bawah Majlis Presiden PN…saya suruh dia sokong PN ja, undi PN.

“Kalau dia undi diri sendiri pun kalah juga, (jadi) untuk mengelak kerugian itu (sokonglah PN) jangan bagi rugilah,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Bantuan Operasi Kepada 237 Institusi Pendidikan Agama di sini, hari ini.

Semalam media melaporkan Mukhriz berharap pimpinan PN dapat memberikan pertimbangan sewajarnya untuk parti itu bekerjasama dengan gabungan terbabit pada PRN nanti.

Mukhriz berkata, parti itu tidak mahu dilihat sebagai faktor pengacau yang memecah belahkan undi Melayu dalam PRN kerana penyatuan undi Melayu adalah satu cara terbaik dalam mendepani gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).



Ketika ditanya mengenai senarai calon PN Kedah yang bakal bertanding pada PRN nanti, Muhammad Sanusi yang juga Menteri Besar Kedah berkata senarai itu sudah dihantar kepada Majlis Syura PAS untuk diteliti.

“Kita sudah hantar kepada Majlis Syura PAS untuk lulus, kemudian Jawatankuasa PAS Pusat akan pilih dari senarai itu.

“Setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) hantar tiga calon, dia bukan hantar seorang calon…macam di (DUN) Jeneri hantar tiga (nama calon), kalau tak lulus seorang calon ada lagi calon nombor dua, macam itulah,” katanya.

Muhammad Sanusi yang juga Pengerusi PN Kedah, berkata senarai calon PN bagi menghadapi PRN di enam negeri dijangka diumumkan beberapa hari sebelum hari penamaan calon pada 29 Julai ini.



“Saya ingat dua tiga hari sebelum 29 Julai itu akan umum senarai calon (PN),” katanya. BH

Sanusi ‘pukul rapat’ Mukhriz

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Noh Salleh buka mulut selepas Mizz Nina kahwin lain

Ramai bimbang Alif Satar berguru dengan dua agamawan ini



Zul Ariffin jadi Mutawif? (Video)

Cebisan mayat berselerak



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker