Ira Kazar ‘UP’ Foto Terbaru Di Instagram Selepas Selesai Kes Saman Puteri Sarah

Semalam, Mahkamah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mengesahkan kes saman pelakon Puteri Sarah Liyana terhadap bekas madunya, Ira Kazar dan dua ahli keluarganya diselesaikan secara baik di luar mahkamah.

Hari ini, Ira dilihat mengemaskini akaun Instagram (IG) dengan memuat naik satu foto ‘selfie’ ketika berada dalam kereta, pada Khamis pagi.

Menerusi hantaran itu, Ira, 27, memakai baju berwarna hijau muda bersama selendang krim.



Bagaimanapun, Ira atau nama sebenarnya Faghirah Fatini Kazaruddin tidak meletakkan sebarang kapsyen sebaliknya memilih lagu Liquide nyanyian Shay.

Hasil pemerhatian OhBulan!, kali terakhir anak kepada aktor Kazar Saisi ini berkongsi gambar di akaun media sosial adalah pada 1 Ogos 2022.

Sebelum ini, Ira pernah ‘repost’ momen ketika keluar makan sushi bersama rakan baik di Instagram Stories.

Imbas kembali, pada 14 Jun lalu, kemelut rumah tangga pengarah sensasi, Syamsul Yusof, 39, dan Puteri Sarah akhirnya menemui tiktik noktah apabila disahkan bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.



Pada Jun tahun lalu, Puteri Sarah memfailkan satu tindakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan dua aduan di pejabat agama terhadap Ira Kazar yang didakwa kekasih Syamsul ketika itu.

Mahkamah kemudian mengeluarkan perintah injunksi inter-parte bagi kedua-dua belah pihak yang antara lainnya menyatakan Ira atau sesiapa yang mempunyai kaitan dengan Ira untuk tidak menjejaskan ketenteraman dan kedamaian Puteri Sarah serta keluarganya, keluarga mentuanya termasuk suaminya, Syamsul.

Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.

 



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan ingat kau ‘power’ sangat – Adlin Aman Ramli



Abby gaduh dengan Norman? (Video)

Tan Sri kenapa terasa – Aliff Syukri



Konvoi ‘supercar’ tular halang lalu lintas disaman polis



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker