Jangan ingat kau ‘power’ sangat – Adlin Aman Ramli

Adlin bantai influencer jadi selebriti

Jangan ingat kau power sangat – Adlin Aman Ramli

Semakin ramai pempengaruh media sosial yang berjinak-jinak untuk menjadi pelakon mahu pun penyanyi dan ia meraih perhatian para selebriti senior.

Mana tidaknya, disebabkan mempunyai ratusan ribu atau lebih satu juta pengikut di media sosial mereka ini mudah sungguh diangkat menjadi artis tanpa perlu kisah tentang bakat.



Hal itu turut mendapat perhatian pelakon yang lantang bersuara, Adlin Aman Ramlie yang memberikan ulasan dan nasihat terhadap pendatang baru industri seni.

Adlin sememangnya menyambut baik kedatangan orang baru di dalam industri namun mereka ini tidak perlu bersikap sombong walaupun popular dan sudah dikenali ramai.

Kata Adlin, pempengaruh yang diangkat menjadi selebriti harus ada sikap hormat kepada golongan senior dalam industri agar tiada masalah atau salah faham timbul di masa akan datang.

Dorang kena ada sikap, jangan poyo sangatlah. Jangan rasa macam kau power sangat. Jangan rasa macam korang ni dah diva dah King sangat.



Tambahnya, fenomena pempengaruh masuk ke dalam industri hiburan ini adalah sesuatu yang tidak boleh dihalang memandangkan mereka mempunyai platform untuk menonjolkan diri sendiri.

Suami kepada Emelda Rosmila itu juga berkata pempengaruh yang sudah menjadi artis ini perlu betul-betul serius dalam apa yang mereka lakukan serta harus disiplin dalam memperbaiki kemahiran untuk menjadi lebih baik.

Jika mereka mengamalkan sikap begini, ia boleh menimbulkan senario yang tak sihat. Ada kelebihan gunakan sebaiknya, cumanya jangan nampak macam hilang rasa hormat kepada orang lebih lama.”

Jangan ingat kau power sangat – Adlin Aman Ramli



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sakan berpeluk, Yasmin Hani dan Alif Hadi disaran kahwin cepat



Alif Satar tidur tepi jalan, tak mandi dua malam di Muzdalifah

Ajai bergelek atas pentas bersama Elly dan Rina Nose (Video)



Fouziah Gous bengang rakan artis liat bayar hutangnya (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker