Fouziah Gous bengang rakan artis liat bayar hutangnya (Video)

Fouziah Gous bengang rakan artis liat bayar hutangnya (Video)

Pelakon dan usahawan Datin Fouziah Gous meluahkan rasa terkilan apabila terdapat seorang individu yang cuba mengelak daripada membayar hutangnya.

Menerusi temu bual bersama Melodi, Fouziah mendedahkan jumlah yang dipinjam individu tersebut mencecah ratusan ribu ringgit.



Malah, mengejutkan lagi apabila individu berkenaan dikatakan dari kalangan orang industri seni.

Saya tak pernah berkongsi mengenai perkara ini (hutang) dalam media sosial. Dalam ramai-ramai orang yang saya tolong ada seorang ini yang paling saya sedih dan terkilan.

Saya bukan tolong dia puluhan ribu tetapi dengan jumlah ratusan ribu ringgit, enam angka.

Saya sudah tolong dia untuk menutup lubang-lubang yang dia telah buat (hutang dengan pihak lain). Lubang yang telah dia gali yang tak mampu dia nak tutup, saya telah bantu dia.



Orang itu bukan daripada kalangan kawan baik saya pun. Saya tidak mahu membuka aib sesiapa kerana dia pun mencari rezeki dalam industri seni ini.

Sebelum bagi pinjam, saya berbincang dengan suami terlebih dahulu kerana jumlah tersebut sangatlah banyak.

Dalam pada itu, aktres berusia 40 tahun itu berkata dia juga akui terasa hati apabila individu tersebut tidak menyampaikan ucapan hari raya Aidilfitri kepadanya.

Apa yang buat saya kecik hati sangat adalah bukan pasal apa saya tolong tapi dia tak ucap selamat hari raya dekat saya. Dia boleh diam je. Saya menunggu tau.



Saya seorang yang mementingkan sifat keluarga, jadi ucapan sebegitu cukup bermakna untuk saya.

Akan muflis

Sementara itu, Fouziah berkata peguam yang mewakili pihaknya sudah pun menghubungi individu berkenaan, namun panggilan telefon tidak berjawab.

Pun begitu, pelakon tinggi lampai itu memilih untuk tidak mendedahkan secara terperinci siapa individu yang dimaksudkan kerana mahu menjaga air mukanya.



Kalau saya nak dedahkan siapa dia memang mudah, tapi bukan itu yang saya akan lakukan. Saya tolong dengan seikhlas hati. Andai dia mendengar apa yang saya cakap ini, cuma nak beritahu saya terkilan.

Saya dan pihak peguam pun ada buat surat (perjanjian), dalam surat tu tiada minta pun untuk bayar bunga. Cuma saya minta dia nanti kalau ada masa buatlah beberapa content di media sosial. Tapi dia tak commit, tiada khabar langsung.

Masa tengah susah setiap hari telefon saya, kadang tengah malam dia telefon. Dia seorang lelaki dan tak manis la malam-malam telefon saya.

Saya follow media sosial dia, kadang-kadang nampak je dia selalu buat live dekat TikTok. Tapi suruh buat kerja saya yang bagi itu tak buat pun.



Peguam saya telefon pun dia buat diam sahaja. Mengikut peguam saya, sebanyak mana yang saya bagi boleh buat dia jatuh muflis. Rezeki dan silaturahim itu sangat penting.

Justeru, ibu kepada dua cahaya itu berharap, individu berkenaan dapat menjelaskan hutangnya seperti mana mengikut perjanjian yang telah dipersetujui.

Dia berjanji dengan saya bila dapat bayaran dari mana-mana kerja dia akan bayar semula hutang saya. Jadi kalau dah janji kena tepati.

Nasib baik duit yang saya ambil itu duit syarikat saya sendiri, bayangkan kalau syarikat itu ada perkongsian dengan mana-mana pihak, kan bahaya.



Jangan ambil kesempatan. Datang cara baik, balik cara baik. Apa pun saya doakan Allah permudahkan urusan dia.
Sumber: TikTok

Fouziah Gous bengang rakan artis liat bayar hutangnya (Video)

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nabi Adam turun di Gunung Jerai, Saidina Uthman pernah ke Kedah antara dakwaan gila penceramah PAS yang mengelirukan – PM

Inspektor Sheila cari calon suami untuk jumpa ayahnya

Papagomo kalah debat dengan Wan Mahussin?

Pernikahan Shuib-Watie, Jep Sepahtu dedahkan beliau tidak dijemput

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker