Ajai bergelek atas pentas bersama Elly dan Rina Nose (Video)

Ajai bergelek atas pentas bersama Elly dan Rina Nose (Video)

Jika daripada jauh melihat raut wajahnya, pasti ada yang akan kata juri tetap Big Stage, Ajai ini adalah orang yang serius dan tidak boleh berseda gurau.

Namun beberapa minggu ini, peminat program itu mula melihat sisi lain Ajai yang sangat spontan di atas pentas bersama dua hos popular iaitu Rina Nose dan Elly Mazlein ketika konsert itu dijalankan secara langsung.



Menurut Ajai, sebagai seorang anak seni, dia perlu pantas menyesuaikan diri dengan situasi mengejut selain mempunyai dua karakter yang berbeza.

“Saya ada dua karakter, satu sebagai penghibur, apabila saya dipanggil untuk menghiburkan orang jadi itu adalah saya.

“Satu lagi (watak) apabila bekerja untuk menjuri dan mengira markah, maka saya akan tukar karakter saya. Bukan kena paksa, tapi itu secara neutralnya memang saya.

“Tidak bolehlah kita nak bawa gaya juri dekat atas pentas, siapa yang nak tengok muka ‘ketat’. Saya hanya menjadi seorang yang sporting,” katanya.



Pada masa sama, pelantun lagu Keliru itu juga menyatakan bahawa segala tindakan yang dilakukannya bukan untuk mencuri tumpuan sesiapa.

“Sebab saya sebagai seorang penghibur memang begitu. Bukan saya nak ambil limelight atau apa, semuanya berlaku secara natural,” tambahnya.

Mengulas mengenai aksi bergelek bersama Rina Nose, ahli kumpulan Exist itu juga berkata situasi berkenaan memang tidak dirancang sama sekali.

“Mengenai gelek itu pun tidak dirancang… saya tahu tarian itu pun sebab tengok mereka berdua selalu lakukannya di atas pentas.



“Malah saya pun tidak pernah terfikir dia nak menyanyi lagu itu. Semuanya memang secara spontan,” ulasnya. Awani

Ajai bergelek atas pentas bersama Elly dan Rina Nose (Video)

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Nabi Adam turun di Gunung Jerai, Saidina Uthman pernah ke Kedah antara dakwaan gila penceramah PAS yang mengelirukan – PM

Inspektor Sheila cari calon suami untuk jumpa ayahnya



Papagomo kalah debat dengan Wan Mahussin?

Pernikahan Shuib-Watie, Jep Sepahtu dedahkan beliau tidak dijemput



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker