Cubaan rasuah jawatan GLC, BERSIH tibai Muhyiddin

Kumpulan reformasi pilihan raya (Bersih) mengingatkan pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin bahawa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bukan mesin ATM untuk membayar gaji penyokong setianya.

Dalam satu kenyataan, Jawatankuasa Pemandu Bersih berkata janji PN berkaitan lantikan politik dalam GLC sekiranya memenangi enam pilihan raya negeri adalah bertentangan dengan tadbir urus yang baik dan merupakan salah guna kuasa.

“GLC ialah syarikat yang wujud untuk memelihara dan mengembangkan kekayaan awam dan bukan mesin ATM parti politik untuk meletakkan penyokong setia parti dalam senarai gaji negeri.



“Dalam mengisytiharkan hasratnya secara terbuka, kami juga tertanya-tanya sama ada ia satu bentuk pembelian undi untuk mendapatkan sokongan kumpulan tertentu,” katanya.

Bersih berkata demikian mengulas janji Muhyiddin untuk melakukan pelantikan politik dalam GLC jika gabungan itu memenangi pilihan raya negeri akan datang.

Awal minggu ini, Muhyiddin dilaporkan berkata PN bersedia membentuk kerajaan di semua enam negeri jika memenangi pilihan raya dan telah memperuntukkan jawatan pentadbiran, termasuk ketua GLC negeri.

Menurutnya PN yang bakal bertanding di semua 245 kerusi DUN, mahu mengelak perebutan jawatan sekiranya memenangi pilihan raya.



Mengenai kemungkinan tindak balas yang timbul akibat lantikan ahli politik ke GLC, Muhyiddin berkata kerajaan PH juga melakukan “perkara yang sama”.

Bersih berkata naungan politik seumpama itu telah menjadi sebahagian daripada budaya politik Malaysia dan setiap kerajaan termasuk Kerajaan Perpaduan sekarang juga melakukan hal sama.

“Bersih telah konsisten sebagai pemerhati dan kumpulan pendesak di semua pentadbiran yang berbeza sepanjang tahun bahawa ahli politik yang merupakan wakil rakyat tidak harus dilantik ke GLC kerana tanggungjawab utama mereka adalah kepada pengundi mereka dan menjadi penggubal undang-undang dan bukan sebagai pengarah syarikat.

“Bagi ahli politik yang bukan wakil rakyat pula, kita mesti menyediakan proses yang jelas dan ketat untuk memastikan ketelusan dan hanya individu berkelayakan yang sesuai dilantik kerana mereka diamanahkan dengan aset awam,” tegasnya.



 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Perdana Menteri perlu pecat menteri buat kecoh di KLIA – Ketua Pemuda UMNO

Bangun Pagi Dah Ada Husband – Watie



Shuib tak jemput Sepahtu ke majlis nikah?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker