Perdana Menteri perlu pecat menteri buat kecoh di KLIA – Ketua Pemuda UMNO

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diminta untuk melucutkan jawatan seorang menteri yang didakwa menceroboh dewan ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini.

Ia susulan selepas perkara itu tular di media sosial memaparkan gambar Ahli Kabinet tersebut dipercayai cuba membebaskan seorang pelawat China yang ditahan Jabatan Imigresen.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, tiada siapa boleh mengatasi undang-undang walau apa sekalipun jawatan yang dipegang.



Menurut Muhamad Akmal, tindakan itu sama sekali tidak boleh diterima oleh semua rakyat Malaysia.

“Saya mohon untuk Perdana Menteri untuk mengambil tindakan terhadap kelakuan menteri yang tidak wajar ini. Seharusnya dilucutkan jawatan sebagai menteri.

“Menteri bukan bermakna kamu boleh melakukan apa sahaja. Menteri bermakna kamu perlu bekerja dan melaksanakan amanah rakyat bukan sebaliknya,” katanya di Facebook sebentar tadi.

Terdahulu, kecoh di media sosial seorang menteri didakwa menceroboh masuk ke dewan ketibaan antarabangsa KLIA bagi membebaskan seorang pelawat China yang ditahan Jabatan Imigresen.



Bagaimanapun, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook memberitahu pihaknya belum menerima sebarang laporan rasmi berhubung insiden terbabit.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Ini sebab Mamat tidak hadir majlis pernikahan Shuib

Bangun Pagi Dah Ada Husband – Watie



Shuib tak jemput Sepahtu ke majlis nikah?

Shuib tersalah sebut nama isteri



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker